Skip to main content

Singapura

NDP2025 perkukuh semangat kebersamaan SG: Presiden Tharman Shanmugaratnam

Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini mengukuhkan semangat kebersamaan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
NDP2025 perkukuh semangat kebersamaan SG: Presiden Tharman Shanmugaratnam

Presiden Tharman Shanmugaratnam bergambar bersama para peserta NDP yang menghadiri majlis jamuan tahunan NDP di Galeri Nasional. (Gambar: Mediacorp)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 29 Aug 2025 08:37PM
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini mengukuhkan semangat kebersamaan Singapura.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan tahunan NDP, di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada lebih 16,000 penganjur dan peserta yang terlibat dalam NDP tahun ini atas usaha mereka.

Sekitar 250 peserta menghadiri majlis jamuan yang diadakan di Galeri Nasional pada siang Jumaat (29 Ogos).

Mereka termasuk pengarah kreatif perbarisan dan pembuat filem tempatan Boo Junfeng, yang menggabungkan kisah inklusif dan berbilang generasi, bagi mewakili semangat Singapura.

Presiden Tharman menyifatkan usaha mereka sebagai memaparkan semangat pengembaraan, ketabahan dan kebersamaan Singapura yang berkekalan.

"Ia sentiasa lebih daripada sekadar perbarisan atau persembahan. Ia sesuatu dengan makna yang lebih mendalam, dan ia lebih mendalam kerana semua yang terlibat, sama ada di atas pentas, di belakang tabir, atau secara sukarela dalam apa pun cara, adalah dengan cara anda sendiri, mengukuhkan semangat kebersamaan, dan apa yang kami ingin capai bersama," kata Presiden Tharman.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita