Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDP2020: Warga S'pura di China anjur larian penghormatan bagi kakitangan barisan hadapan

Setiap tahun, masyarakat Singapura di China meraikan Hari Kebangsaan dengan berkumpul beramai-ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Aug 2020 10:11PM Dikemas Kini : 10 Aug 2020 10:18PM

SINGAPURA: Setiap tahun, masyarakat Singapura di China meraikan Hari Kebangsaan dengan berkumpul beramai-ramai.

Namun tahun ini di tengah-tengah pandemik COVID-19,acara berasingan secara kecil-kecilan diadakan.

Warga Singapura di Shanghai, China misalnya meraikan Hari Kebangsaan dengan suatu cara baru.

Mereka menyertai satu larian di tepi sungai di bahagian timur Shanghai.

Rakan taulan dari negara-negara berbeza juga turut serta.

Diberi nama ‘Run for Heroes’, ia juga bertujuan memberikan penghormatan kepada kakitangan barisan hadapan di Singapura.

Beberapa lagi larian serupa juga dilancarkan serentak di bandar-bandar Beijing, Shenzen dan juga Singapura.

Para peserta di Singapura mewakili warga tempatan yang kini tinggal di China tetapi tidak dapat pulang ke tanah air kerana sekatan-sekatan perjalanan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini NDP 2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/AA/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa