Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDP2020: Penduduk Sengkang bersemangat sambut Red Lions

Ada yang tiba sebelum jam 7 pagi lagi, ada yang sudah mula 'tinjau-tinjau' tempat untuk berkampung sejak beberapa hari yang lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ada yang tiba sebelum jam 7 pagi lagi, ada yang sudah mula 'tinjau-tinjau' tempat untuk berkampung sejak beberapa hari yang lalu.

Begitulah semangat yang dipamerkan penduduk Sengkang untuk menyambut pasukan Red Lions ke kejiranan mereka sempena Hari Kebangsaan hari ini (9 Ogos).

Semakin hampir tiba waktu Red Lions membuat aksi terjunan di ruang udara mereka, keghairahan penduduk semakin dapat dirasakan di sekitar kawasan padang dekat Hospital Besar Sengkang.

Apakan tidak, dek COVID-19, ini adalah kali pertama pasukan Red Lions beraksi di kawasan kejiranan.

Namun, lebih daripada menyemarakkan sambutan ulang tahun negara yang ke-55, pertunjukan Red Lions kali ini juga sebagai tanda penghormatan kepada kakitangan barisan hadapan.

"Tak tahu macam mana nak terangkan tetapi sangat ghairah dan terlalu terharu kerana ia pertama kali ia diadakan di sini."

Selang sejam selepas menyaksikan aksi mendebarkan Red Lions, penduduk Sengkang beralih tumpuan pula ke jalan-jalan raya sekitar kawasan Hospital Besar Sengkang.

Kali ini, mereka berpeluang pula melihat dengan dari dekat aset keselamatan negara yang dipamerkan dalam segmen perarakan kenderaan oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Kawasan Sengkang adalah antara lima kawasan utama yang menjadi tempat persinggahan perarakan kenderaan, masing-masing melibatkan 13 kenderaan berperisai atau 66 kenderaan kesemuanya.

Kemunculan mereka disambut dengan tepukan gemuruh dan rasa ghairah penduduk.

Kontinjen-kontinjen itu turut berhenti seketika untuk memberi penghormatan kepada pasukan barisan hadapan termasuk Cik Nurul Syafiqah Idris, ahli fisioterapi di Hospital Besar Sengkang.

"Saya rasa teruja kerana melalui pandemik COVID-19 ini masyarakat lebih sedar tentang pengorbanan dan risiko yang diambil para pekerja barisan hadapan untuk menangani wabak COVID-19 dan juga untuk menjaga rakyat," kongsi Cik Syafiqah dengan BERITAmediacorp.

Turut dalam kontinjen seramai 60 hingga 70 peserta itu adalah seorang lagi ahli fisioterapi dari Hospital Besar Sengkang, Encik Muhammad Hariz Muhamad Razali.

Yang pasti, walaupun perbarisan kali ini berskala lebih kecil, semangat perpaduan dan cintakan negara begitu terserlah pada Hari Kebangsaan penuh bersejarah ini! 

Sumber : BERITA Mediacorp/hk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa