Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDP2020 di Padang berskala kecil, namun penuh simbolik

Acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Padang berjalan licin hari ini (9 Ogos) - berskala kecil, namun penuh simbolik dan bermakna.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Padang berjalan licin hari ini (9 Ogos) - berskala kecil, namun penuh simbolik dan bermakna.

Dengan tema "Bersama, Untuk Singapura Yang Lebih Teguh", NDP kali ini memberi penghargaan istimewa kepada semua yang gigih membantu negara membendung COVID-19.

Segmen Perbarisan dan Istiadat NDP di Padang kali ini tetap menampilkan panji-panji negara dan Kawalan Kehormatan yang dibentuk kontinjen-kontinjen SAF, RSN, RSAF dan Pasukan Polis Singapura.

Anggota setiap kontinjen lebih kecil - 36 anggota sahaja, mengamalkan jarak selamat dan memakai pelitup.

Disebabkan keterbatasan yang ada, tidak semua Anggota Parlimen hadir di sini.

Namun demikian, ketibaan para pemimpin negara disambut meriah,khususnya apabila Presiden Halimah Yacob membuat kemunculan beliau.

Ini diiringi upacara menaikkan bendera diiringi nyanyian Lagu Kebangsaan di seluruh Singapura.

Buat pertama kalinya, Tembak Hormat Kepresidenan 21 Das diadakan di Padang, diikuti tembakan "Feu-De-Joie".

Segmen NDP itu disaksikan 150 penonton sahaja dan mereka adalah tetamu yang diundang. Mereka terdiri daripada wakil-wakil pemerintah dan juga dari pelbagai latar belakang.

Cik Atiq Syazwani Roslan, seorang kakitangan kesihatan di Hospital Tan Tock Seng berkongsi perasaannya apabila diberi penghargaan.

"Saya rasa terharu kerana apa-apa sumbangan kakitangan kesihatan dihargai. Saya rasa kawan-kawan saya yang bekerja keras sekarang akan rasa sama seperti saya," ujar Cik Atiq.

Ngauman jet-jet pejuang F-15SG dalam bentuk mata panah mengisi kawasan udara di Padang sebelum menuju ke kawasan-kawasan kejiranan sebagai tanda penghargaan kepada pekerja barisan hadapan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan