NDP2020: 6 bot peronda baru dilancarkan di Marina South Pier
Enam bot peronda baru dengan kelengkapan pelayaran dan sistem perhubungan canggih dilancarkan untuk membantu para merinyu pelabuhan Singapura, menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

SINGAPURA: Enam bot peronda baru dengan kelengkapan pelayaran dan sistem perhubungan canggih dilancarkan untuk membantu para merinyu pelabuhan Singapura, menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
Menteri Negara Kanan Pengangkutan Encik Chee Hong Tat hadir semasa pelancaran bot-bot peronda ini di Marina South Pier, hari ini (9 Ogos).
Bot-bot peronda baru itu antara lain dilengkapi kamera haba, alat deria gas kimia dan dron.
Ia juga berupaya bertindak sekiranya berlaku tumpahan minyak.
Pagi tadi, bot sepanjang 17 meter itu juga turut serta dalam acara pelayaran lalu sempena Hari Kebangsaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.