NDP diisytihar sebagai acara khas dengan keselamatan dipertingkat; langkah ketat dikuatkuasakan di kawasan Padang
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) diisytiharkan sebagai acara khas dengan keselamatan dipertingkatkan.
Beberapa langkah-langkah tambahan akan dikuatkuasakan pada 9 Ogos depan.
Kawasan sekeliling Padang akan dikhususkan sebagai "Kawasan Acara Istimewa".
Chinatown dan Taman Fort Canning menjadi antara kawasan di mana langkah-langkah keselamatan akan dipertingkat.
Pihak polis akan memeriksa barangan terlarang seperti suar dan alat pelaung suara.
Dron juga tidak dibenarkan terbang.
Taman Hong Lim juga termaktub dalam kawasan tersebut.
Maka itu, pengecualian bagi perhimpunan awam, perarakan atau hiburan di Sudut Pemidato tidak akan dibenarkan buat sementara waktu.
Satu 'Zon Khas' dengan perlaksanaan langkah-langkah keselamatan telah dilakarkan di kawasan tersebut.
Ini termasuk kawasan Esplanade dan kawasan berdekatan Suntec City.
Orang ramai dan kenderaan yang memasuki zon tersebut akan diperiksa dan dipantau.
Polis juga boleh menyekat kemasukan atau mengeluarkan sesiapa saja dari zon tersebut.

Sumber : CNA/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.