Skip to main content

Singapura

NDP: Di mana lokasi terbaik saksikan terbang lalu bendera negara, F-16 di kawasan kejiranan?

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jika anda tidak merancang untuk ke Padang bagi menonton Perbarisan Hari Kebangsaan, anda masih boleh menunjukkan semangat patriotisme di sebilangan lokasi kejiranan, di mana jet-jet F-16 dan bendera negara akan terbang lalu.

Sebagai sebahagian daripada segmen 'Fly Our Flag', dua helikopter CH-47SD/F - setiap satu diiringi dengan dua helikopter serangan Apache AH-64D - akan membawa bendera negara di sekitar Singapura dari pukul 5.45 petang hingga pukul 6.30 petang pada 9 Ogos.

Terdapat dua laluan bagi helikopter itu, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Jumaat (5 Jul).

Laluan barat akan meliputi lokasi seperti Woodlands, Choa Chu Kang, Bukit Batok, Jurong dan West Coast.

Laluan timur akan merangkumi kawasan seperti Seletar, Sengkang, Punggol, Pasir Ris, Bedok dan East Coast.

Enam F-16 juga akan menjalankan terbang lalu sekitar pukul 6.00 petang hingga 6.30 petang.

Pertunjukan itu boleh dilihat dari lokasi seperti Clementi, Jurong West, Choa Chu Kang, Bukit Batok, Woodlands, Toa Payoh, Seletar, Punggol dan Bendemeer, menurut MINDEF.

Singapura menyambut 59 tahun kemerdekaan tahun ini. Ia juga menandakan 40 tahun Pertahanan Mutlak, iaitu konsep pertahanan negara di Singapura, dengan segmen udara khas semasa perbarisan itu.

Ia akan mempamerkan dua pasang helikopter dikerahkan untuk memintas pesawat yang mencurigakan, yang sedang menuju ke Singapura.

"Orang ramai boleh melihat dua helikopter pertama terbang merentasi Padang yang melambangkan bagaimana F-16 melindungi negara kami, manakala dua helikopter susulan akan terbang masuk dari bahagian belakang Galeri Negara Singapura dan mempamerkan keupayaannya sebagai jet pejuang," jelas MINDEF.

Dua sistem pertahanan udara berasaskan darat yang lebih dikenali sebagai SPYDER kemudian akan memasuki kawasan Padang.

Satu lagi pertunjukan udara akan mempamerkan operasi udara-laut, dengan dua helikopter serangan Apache AH-64D mengemudi bagi mendampingi sasaran di Marina Bay dan Padang bagi menyokong operasi maritim.

Penganjur NDP menjangkakan 27,000 orang di Padang, serupa dengan tahun-tahun lalu.

Namun kenaikan sebanyak 15 hingga 20 peratus boleh disaksikan dari segi jumlah orang yang berhimpun di Marina Bay disebabkan kegiatan seperti demonstrasi "pertempuran perang" yang dijalankan antara Padang dengan Marina Bay.
Sumber : CNA/IM/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita