NDP 2026: Pemeriksaan keselamatan kurang lima minit, penonton tiba sejam sebelum pintu dibuka
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seawal jam 3.30petang lagi, orang ramai sudah mula membanjiri kawasan Stadium Negara.
Meskipun pintu masuk Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) hanya dibuka pada 4.30 petang, ramai yang sudah tiba sejam lebih awal.
Menurut mereka, ini untuk mengelakkan kesesakan dan ada juga yang perlukan masa tambahan untuk mencari tempat letak kereta dan berjalan menuju ke stadium.
Namun dengan kira-kira 42,000 penonton dijangka memasuki Stadium Negara, bagaimana pula dengan proses pemeriksaan keselamatan?
KURANG LIMA MINIT LEPASI PEMERIKSAAN KESELAMATAN
Tinjauan BERITA Mediacorp mendapati proses pemeriksaan keselamatan berjalan lancar dan teratur, meskipun jumlah penonton yang ramai.
Walaupun penonton memegang tiket dengan warna berbeza (ikut bahagian tempat duduk), mereka melalui laluan pemeriksaan keselamatan yang sama sebelum memasuki stadium.
Proses itu termasuk pemeriksaan badan serta barangan yang dibawa masuk.
Daripada pemerhatian BERITA Mediacorp, ia mengambil masa kurang lima minit untuk diselesaikan.
Cik Haslinah Aziz, 52 tahun yang berjaya dapat tiket berkongsi pengalamannya melalui proses keselamatan.

"Anggaran tidak sampai dua minit pun. Mereka periksa seluruh badan, kesemua barangan yang kami bawa," katanya kepada BERITA Mediacorp.
Beliau antara penonton yang menyifatkan proses tersebut sebagai lancar, tanpa perlu menunggu lama sebelum dibenarkan masuk ke dalam stadium.
TIBA AWAL, ELAK KELAM-KABUT
Bagi Cik Kasimah Kasim, 53 tahun pula, keputusan untuk tiba sejam sebelum pintu masuk dibuka dibuat bagi mengelakkan kesesakan.
"Kami sampai di sini pada pukul 3.30 petang. Sengaja untuk pastikan ia tidak terlalu ramai dan supaya ia lebih mudah untuk kami. Tidak kelam-kabut," kata beliau yang datang bersama suaminya, Encik Md Farok, 55 tahun.

Kali terakhir mereka menyaksikan NDP secara langsung ialah ketika ia masih diadakan di Stadium Negara yang lama, beberapa dekad yang lalu.
Lebih istimewa, NDP kali ini turut menjadi kenangan bermakna buat mereka apabila mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-29 bersama-sama.
Bagi Cik Ratnawaty pula, perjalanan ke stadium memerlukan perancangan tambahan.
"Sebab kita pandu kereta, jadi kita kena cari ruang letak kereta. Kita kena letakkan kereta jauh sedikit daripada sini, jadi kita kena berjalan ke sini. Jadi kita ambil masa dan kita pun pergi makan dahulu," kongsi beliau.

Bagi tujuan keselamatan, beberapa jalan raya berdekatan Stadium Negara dan tempat letak kereta di Kallang Wave Mall ditutup pada 9 Ogos 2026.
Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.