Skip to main content

Singapura

NDP 2026 kembali ke Stadium Negara, Singapura rai ulang tahun kemerdekaan ke-61

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Aug 2026 07:39PM Dikemas Kini : 25 Aug 2026 10:53PM
SINGAPURA: Singapura meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-61 pada Ahad (9 Ogos), dengan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kembali ke Stadium Negara buat pertama kali sejak 2016.

Sekitar 42,000 penonton memenuhi stadium untuk menyaksikan sambutan tahun ini, yang menampilkan pertunjukan dron dalam stadium, lagu-lagu baharu serta kesan khas dan pencahayaan yang mencatat rekod.

NDP 2026 membawa tema "Majulah Singapura, Terbang Lebih Tinggi!", ia mencerminkan semangat Singapura serta aspirasi rakyatnya untuk terus maju.

Menurut Jawatankuasa Eksekutif NDP, "Terbang Lebih Tinggi!" pula merupakan seruan kepada rakyat untuk melakukan yang lebih baik demi Singapura dan rakyatnya, selain menunjukkan keprihatinan terhadap satu sama lain serta masyarakat.

KEMBALI KE STADIUM NEGARA SELEPAS SEDEKAD

Kembalinya NDP ke Stadium Negara selepas sedekad membuka ruang kepada beberapa persembahan dan kesan visual baharu.

Antara tarikan utama ialah pertunjukan dron dalam stadium serta kesan khas dan pencahayaan yang mencatat rekod.

Segmen Perbarisan dan Upacara pula menampilkan 32 kontinjen di bawah tema "Go Beyond Self".

Tembakan meriam kehormatan Presiden, yang menjadi antara acara kegemaran ramai, turut kembali tahun ini.

Buat pertama kali, ia diadakan di Kallang Basin.

Namun, beberapa acara yang tidak asing lagi dalam sambutan NDP tidak ditampilkan tahun ini.

Pasukan payung terjun Red Lions, perbarisan aset bergerak yang melibatkan kenderaan tentera, polis dan pertahanan awam serta pertunjukan udara pesawat tentera tidak diadakan atas pertimbangan operasi dan keselamatan.

Red Lions tidak ditampilkan disebabkan lokasi Stadium Negara yang tertutup.

Ini merupakan kali pertama pasukan itu tidak mengambil bahagian dalam NDP sejak perbarisan kali terakhir diadakan di Stadium Negara pada 2016.

NDP 2026 turut disiarkan secara langsung menerusi Channel 5, Channel 8, Suria dan Vasantham.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita