NDP 2026: Jurubahasa isyarat tingkatkan akses OKU kepada acara perbarisan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Petikan daripada video)
SINGAPURA: Ketika Singapura berganding bersama bagi meraikan Hari Kebangsaan, terdapat sebuah pasukan di sebalik tabir yang tekun memastikan sambutan ini dapat dinikmati oleh semua pihak, termasuk golongan kurang daya pendengaran.
Mereka mungkin tidak tampil di pentas utama, tetapi turut memainkan peranan cukup penting dalam sambutan Hari Kebangsaan.
Sekumpulan jurubahasa isyarat menterjemahkan secara langsung segala ulasan acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) supaya golongan kurang daya pendengaran dapat turut sama meraikannya.
Antara jurubahasa isyarat bagi NDP 2026 ialah Rashidah Zulkifli, yang bertungkus-lumus semasa sesi-sesi latihan.
Cik Rashidah perlu menterjemah secara langsung serta-merta, tanpa lengah.
Antara cabarannya ialah perubahan pada minit-minit terakhir.
Namun menurut Cik Rashidah, sebagai jurubahasa isyarat, lebih banyak pengalaman yang mereka ada, menjadi semakin mudah menyesuaikan diri, dan mereka mula menjadi lebih selesa dan menjangkakan kejutan.
Contohnya, tambah Cik Rashidah, ada sesetengah arahan ketenteraan yang beliau tidak pasti, juga sesetengah pangkat. Ini merupakan antara perkara yang beliau tidak begitu terbiasa. Mka itu, beliau akan rujuk kepada pakar bidang tersebut.
Di stadium, ribuan penonton menyaksikan latihan mereka di paparan skrin.
Cik Rashidah serta rakan sepasukan berjaya mengikuti rentak setiap aksi di atas pentas.
Tugas mereka diakhiri dengan sebuah lagu yang cukup terkenal.
Yang jelas, Hari Kebangsaan bukan sekadar menonton acara perbarisan yang gah, tetapi tentang memastikan setiap warga dapat ikut menjadi sebahagian daripadanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.