NDP 2026: Asnida Daud angkat warisan Orang Laut, Hafidz Rahman teruja mengacara NDP buat kali pertama
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Aqil Ezat)
SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini bakal menyaksikan dua detik bermakna buat pempengaruh Hafidz Rahman dan penggiat seni, Asnida Daud.
Bagi Hafidz, ia merupakan penglibatan pertamanya dalam acara NDP sebagai pengacara.
Manakala Asnida pula akan membuat persembahan solo pertamanya, menerusi lagu 'Aok Diko' yang akan disampaikan dalam dialek Orang Laut.
Lagu itu mempunyai makna yang cukup istimewa buat beliau, yang juga kerana ia dihasilkan bersama anak dan suaminya.
"Jadi anak saya sedang bermain kekunci piano dan ketika dia bermain itu, saya teringat zaman-zaman saya bermain satu permainan menggabungkan suku kata perkataan," kongsinya.
Cik Asnida kemudian menggunakan konsep itu untuk menulis lirik lagu tersebut sebelum susunan muziknya dihasilkan oleh suaminya.
Ketika ditanya apakah maksud 'Aok Diko', Cik Asnida berkata ia adalah satu pengiktirafan atau pengesahan yang lazim digunakan dalam kalangan masyarakat Orang Laut.

"Aok Diko adalah satu pengiktirafan ataupun pengesahan apa yang anda ujarkan itu adalah benar, seperti saya setuju, saya percaya," jelasnya.
Beliau berkata penggunaan dialek Orang Laut itu juga bertujuan memberi pengiktirafan kepada kewujudan masyarakat berkenaan di Singapura.
"Saya ingin merakam frasa-frasa ini supaya ia tidak hilang begitu sahaja, kerana saya rasa jika bahasa itu hilang, maka cerita kita juga akan hilang," katanya.
Bagi Cik Asnida, peluang membuat persembahan di pentas NDP merupakan satu penghormatan besar yang dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab.
"Saya tidak mengambil ringan terhadap persembahan ini dan saya akan membawa dengan penuh ketulusan dan juga semangat Orang Laut, orang pulau," ujarnya..

PELUANG BELAJAR DARIPADA PENGACARA BERPENGALAMAN
Nama Hafidz Rahman tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan.
Kini, beliau diberi kepercayaan untuk mengacara NDP di Stadium Negara.
Peluang itu disifatkannya sebagai satu pengiktirafan untuk mengacara satu persembahan yang ikonik di Singapura.
Malah, Stadium Negara turut mempunyai nilai sentimental yang tersendiri buatnya.
"Saya rasa bertuah kerana saya diberikan peluang untuk menjadi pengacara pada NDP 2026 di Stadium Negara, kerana ini adalah tempat di mana pelbagai peristiwa yang ikonik telah berlaku," jelas Hafidz.
Sepanjang persiapan, beliau turut berganding dengan pengacara berpengalaman seperti penyampai radio, Joakim Gomez dan pelakon, Gurmit Singh.
Meskipun dirinya baru dalam pasukan pengacara NDP, kedua-dua mereka tidak pernah membuatnya rasa seperti beliau adalah 'orang baharu'.
Sebaliknya, beliau banyak mempelajari daripada mereka.
"Daripada Joakim, saya belajar untuk sentiasa menepati masa, dan daripada Gurmit Singh, saya belajar untuk menjadi pengacara yang 'sempoi', bagaimana untuk menyelitkan unsur jenaka secara spontan," kongsinya.
Mengulas apa yang boleh dinantikan para penonton tahun ini, Hafidz berkata para penonton bakal disajikan dengan pelbagai persembahan menarik.
Ini termasuk segmen Aksi Mat Yoyo yang mengimbau kembali kegemilangan televisyen tempatan.
Selain itu, beliau turut menggesa penonton supaya tidak melepaskan peluang menyaksikan pertunjukan dron yang disifatkannya sebagai antara tarikan utama NDP tahun ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.