NDP 2025: Red Lions dan penyelam tentera laut siap sedia bagi Terjunan Perpaduan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penyelam tentera laut Lim Chee Seng masih ingat dengan jelas hari beliau melakukan terjunan bebas semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2018.
"Dari atas, saya dapat melihat pesisiran itu dipenuhi dengan orang ramai berpakaian putih dan merah," kata Pegawai Waran Pertama dalam Unit Menyelam Tentera Laut bagi Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN).
“Ia membuatkan saya berasa sangat bangga menjadi rakyat Singapura," ujar beliau.
Tujuh tahun selepas beliau dan penyelam tentera laut lain menyertai pasukan Red Lions dalam terjunan NDP, pasukan elit itu bakal kembali sempena sambutan ulang tahun ke-60 Singapura, dengan persembahan yang dinamakan 'Terjunan Perpaduan' (Jump of Unity).
Ini merupakan kali pertama penyelam tentera laut dan Red Lions - yang kebanyakannya terdiri daripada komando - akan melakukan terjunan menggunakan payung terjun di dua lokasi berbeza: Marina Bay dan Padang.
Selepas terjunan itu, kedua-dua pasukan akan memberikan tabik hormat secara bersama.
"Kata kuncinya di sini ialah perpaduan," kata 1WO Lim, yang juga ketua pasukan tersebut.
Beliau menambah bahawa penyelarasan yang tepat bagi aksi mereka dalam tabik hormat bersama merupakan antara “cabaran terbesar” mereka.
Pada NDP tahun ini, tujuh penyelam tentera laut akan melakukan terjunan bebas seperti yang dijalankan dalam operasi sebenar.
Pasukan ini akan dibawa menggunakan helikopter Medium Life H225M RSAF, dan akan keluar pada ketinggian 6,000 kaki dari aras tanah.
Mereka akan membuka payung terjun pada sekitar 5,000 kaki dan mendarat di air di hadapan Esplanade di Marina Bay.
Sebaik sahaja mereka memasuki air, mereka perlu menanggalkan payung terjun, menuju ke platform pemulihan, dan bergerak ke tempat untuk melakukan tabik hormat.
"Masa mereka mesti tepat", kata 1WO Lim, 45 tahun.
PERSIAPAN UNTUK LAKUKAN TERJUNAN
1WO Lim bercakap kepada media di iFly Singapore pada hujung bulan Jun, menjelang perbarisan pada 9 Ogos.
Kemudahan terowong angin di iFly adalah tempat di mana penyelam tentera laut dan Red Lions berlatih fasa terjunan bebas, iaitu masa antara keluar dari pesawat dengan membuka payung terjun.
Matlamat utama ialah untuk melatih kestabilan dan pergerakan mereka, serta memberi keyakinan untuk pelaksanaan sebenar, jelas 1WO Lim.
Beliau menambah bahawa kemudahan iFly adalah “paling mirip” dengan keadaan sebenar di udara.
“Apa sahaja yang boleh anda lakukan di sini, kemungkinan besar anda juga boleh lakukannya dengan lancar di udara.”
<<Penyelam tentera laut sedang berlatih isyarat tangan di iFly Sentosa pada 24 Jun 2025 untuk Lompatan Perpaduan NDP2025. (Gambar: CNA/Faith Ho)>>
Untuk menjadi penerjun payung sepenuhnya, anggota tentera menjalani sesi latihan di dalam dan luar negara.
Selain latihan dalam terowong angin, pelatih juga melakukan terjunan sebenar dan menggunakan simulator penerbangan payung terjun realiti maya (VR).
Ada juga aspek persediaan mental, yang ditekankan oleh 1WO Lim kepada pasukannya sebelum latihan fizikal.
Pasukan akan menutup mata semasa 1WO Lim menceritakan proses terjunan dan membimbing mereka secara lisan tentang apa yang mereka mungkin rasa dan lihat.
"Selepas latihan mental selesai, saya akan tanya seluruh pasukan satu perkara yang mereka ingin perbaiki untuk terjunan seterusnya," katanya.
“Melalui komunikasi ini, kami memahami apa yang setiap orang mahu pertingkatkan kali ini.”
<<Red Lions berlatih formasi penerbangan untuk NDP2025 di iFly Sentosa pada 24 Jun 2025. (Gambar: CNA/Faith Ho)>>
Untuk terjunan Red Lions tahun ini, mereka akan dibawa oleh pesawat Hercules C-130 RSAF dan keluar pada ketinggian 10,000 kaki dari aras tanah.
Mereka akan membentuk formasi dan melaksanakan gerakan kegemaran penonton – “bomb burst” – sebelum mendarat secara bergilir di Padang.
Ketua pasukan Red Lions dan jurulatih, Pegawai Waran Kanan Chew Eng Seng, berkata adalah satu cabaran bagi penerjun untuk keluar serentak dari pesawat dan membentuk bulatan.
Ditanya mengenai insiden pendaratan seorang penerjun Red Lion semasa NDP 2022, MWO Chew menekankan bahawa keselamatan menjadi “keutamaan”.
“Sebelum setiap terjunan, kami mesti pastikan semua keperluan keselamatan dipenuhi – dari cuaca, penglihatan sehinggalah kepada keadaan anggota,” kata jurulatih berusia 50 tahun itu.
Selepas insiden itu, panel kajian menyemak semula langkah pengurusan keselamatan dan latihan Red Lions.
Program latihan kini merangkumi komponen yang meniru dengan lebih dekat keadaan zon pendaratan, termasuk latihan di luar negara untuk mengasah lagi kemahiran mereka.
Pasukan Red Lions tahun ini terdiri daripada tujuh orang penerjun, termasuk seorang wanita, kata MWO Chew.
Semua ahli pasukan memiliki purata 500 hingga 1,000 terjunan, dengan MWO Chew sendiri mencatat lebih daripada 1,000 terjunan.
Walaupun ini kali kelima beliau menyertai NDP, terjunan tahun ini sangat bermakna kerana ia adalah SG60, kata MWO Chew.
"Bahagian paling menyeronokkan adalah apabila kami mendarat dan boleh mendengar – dan merasai – sorakan daripada para penonton."
"Kami berharap dapat mempersembahkan satu pertunjukan yang hebat di depan negara pada 9 Ogos," katanya.

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.