NDP 2025: Kontinjen kenderaan NDP kembali ke Padang, diperluaskan sempena sambutan SG60
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selepas lima tahun, Kontinjen Kenderaan kembali ke Padang untuk Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.
Kali terakhir ia diadakan ialah pada tahun 2019.
Sempena SG60 tahun ini, ia kembali dengan format baharu dan diperluaskan.
Di bawah baharu itu, para penonton boleh menjangkakan persembahan bersepadu merentasi udara, darat dan laut.
Sekitar 170 aset ketenteraan dan pertahanan awam akan ditampilkan dalam kontinjen kenderaan NDP tahun ini.
"Meski konvoi darat tradisional akan berarak ke St Andrew's Road, ia akan disepadukan dengan lintas hormat di udara, yang melibatkan 22 pesawat udara dari Angkatan Udara Republik Singapura dan kita juga akan menampilkan lima kapal dari Tentera Laut, Home Team dan juga Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA)," kongsi Pengerusi Jawatankuasa Kontinjen Kenderaan NDP 2025, MAJ Teo Wei Kok kepada pihak media.
"Lebih daripada itu, kita juga ingin membawa kontinjen kenderaan lebih dekat kepada para penonton. Jadi apa yang akan berlaku ialah sedang konvoi itu berarak ke St Andrew's Road, ada segelintir daripadanya yang akan berarak ke pentas pertunjukan itu agar penonton di galeri tempat duduk dapat melihat dengan lebih dekat lagi aset-aset itu serta para pengendalinya," tambah beliau.
KONTINJEN KENDERAAN TAMPILKAN 11 JENIS ASET BAHARU, LIBATKAN LEBIH 800 PESERTA, KAKITANGAN

Kali ini, ia juga menampilkan 11 jenis aset buat pertama kalinya.
Antaranya ialah 'Kenderaan Tempur Berperisai Hunter Launched Bridge' dan 'Sistem Sokongan Mobiliti'.
Sepanjang empat segmen, kontinjen kenderaan kali ini akan dijayakan oleh lebih 800 peserta dan kakitangan.
MAJ Teo berkata, "Kami ingin menyampaikan kisah. Kontinjen kenderaan tahun ini akan menampilkan kaum lelaki dan wanita serta kisah mereka menyusuri generasi. Kami ingin memberi hormat kepada pengorbanan dan sumbangan generasi lama kita serta pegawai Perkhidmatan Negara lelaki dan wanita."
"Dalam masa yang sama, kami ingin memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk meneruskan tanggungjawab dan membina atas asas kukuh yang sudah ditinggalkan oleh nenek moyang kita," tambahnya.
SGT3 KHAIRUL SERTAI KONTINJEN KENDERAAN NDP DENGAN BAPA, ABANG

Antara peserta kontinjen kenderaan NDP kali ini ialah pegawai Sarjan 3 (SGT3) Khairul Azhar Khairudin, 31 tahun dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Lebih istimewa lagi, beliau mengambil bahagian bersama bapa dan abangnya dalam NDP 2025.

"Oleh kerana tahun ini juga bersamaan dengan SG60, jadi ia adalah satu peluang dan juga memori yang tidak boleh dilupakan dalam keluarga kami," kongsi SGT3 Khairul kepada wartawan Nazirah Jamzuri.
"Tahun ini, saya, ayah saya dan juga abang saya akan menaiki kenderaan yang sama. Dengan itu, kami bertiga saling memberi motivasi kepada satu sama lain untuk melakukan yang terbaik tahun ini," tambahnya.
3WO HUSAINI GALAS PERANAN SEBAGAI PENGENDALI PRV KALI INI

Pengalaman itu juga cukup bermakna bagi seorang lagi peserta kontinjen kenderaan NDP iaitu Pegawai Waran Ketiga (3WO) Mohammed Husaini Abdullah yang menggalas peranan sebagai pengendali Kenderaan Respons Berperisai Peacekeeper (PRV).
"Kami berlatih bersungguh-sungguh bersama pasukan saya iaitu dari Pasukan Pertahanan Rakyat Kedua (2 PDF) yang saya mewakili. Sebelumnya, ada banyak latihan dan latihan-latihan ini sungguh penting, dari Kem Kranji hingga ke Padang," kongsi 3WO Husaini, yang berusia 31 tahun.
Meskipun ini kali keempat beliau ambil bahagian dalam NDP, setiap tahun membawa keistimewaan berbeza.
Sebelum ini, 3WO Husaini pernah mewakili unitnya dalam Kontinjen Pembawa Panji-panji Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
"NDP tahun ini sangat penting kerana ini adalah ulang tahun ke-60 tahun Singapura dan Kontinjen Kenderaan tidak diadakan setiap tahun. Jadi saya rasa (peluang) ini sangat penting di mana saya dapat membawa kenderaan di depan khalayak ramai," ujar beliau.

Bagi membolehkan lebih ramai rakyat Singapura untuk melihat sendiri kontinjen kenderaan ini dengan lebih dekat lagi, aset-aset tertentu akan melalui lima laluan ke beberapa kawasan kejiranan pada 10 Ogos ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.