NDP 2025: Kontinjen 60 kenderaan bakal berarak ke kawasan kejiranan; boleh kesan lokasi secara langsung
Sebuah kontinjen 60 kenderaan daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team akan berarak ke seluruh negara tahun ini untuk membawa sambutan Hari Kebangsaan lebih dekat dengan penduduk di kawasan kejiranan.
Pertunjukan bunga api di Padang dan Marina Bay semasa Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura pada 9 Ogos 2024. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
Buat julung-julung kalinya, pengesan lokasi kontinjen itu disediakan secara langsung.
Ini bagi membolehkan lebih ramai rakyat Singapura melihat sendiri dengan lebih dekat lagi aset-aset tertentu yang akan melalui lima laluan kawasan kejiranan pada 10 Ogos ini.
Lima konvoi darat, masing-masing dengan 12 kenderaan akan berlepas dari Perkampungan F1
untuk ke lima daerah di seluruh Singapura pada 10 Ogos.
Konvoi tersebut juga akan berhenti selama 90 minit untuk berinteraksi dengan orang ramai.
Untuk menambah lagi kemeriahan,tujuh ahli payung terjun daripada pasukan ikonik Red Lions akan mendarat di Bishan.
Empat jet pejuang F-16 juga akan melakukan terbang lalu di kelima-lima lokasi kawasan perumahan dalam formasi berlian sebagai simbol sambutan Jubli Intan Singapura.
"Saya Kolonel Halmie Mattar, seorang anggota NSmen dan juga Pengerusi Daerah Barat untuk perayaan di kawasan kejiranan tahun ini.
"Peranan saya adalah untuk merancang dan mengaturkan sambutan di daerah barat iaitu daerah barat daya dan juga daerah barat laut.
"Bagi saya, setiap sambutan Hari Kebangsaan adalah unik. 'Heartlands' adalah satu tempat yang bermakna bagi semua," kata KOL Halmie Hussein Mattar, Pengerusi NDP 2025 Kawasan Barat.
Dalam pada itu, pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang bertemakan SG60 disediakan di lima kawasan.
Antaranya 'puzzle' atau teka-teki susun suai gambar 600 bahagian yang bertemakan Singapura, karya seni tempatan istimewa aktiviti-aktiviti sukan yang menyeronokkan serta usaha mencipta sejarah dalam Buku Rekod Singapura.
"Perayaan Hari Kebangsaan estet kejiranan tahun ini di kawasan pertengahan Singapura bertemakan 'Memupuk Masyarakat Membentuk Hari Esok'.
"Saya berbangga hati menjadi sebahagian daripada acara ini untuk berkongsi nilai pelbagai budaya kepada masyarakat di kawasan kita," kata Sukarelawan Akar Umbi, Persatuan Rakyat Mohamed Sofian Mohamed Yassin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.