Skip to main content

Singapura

NDP 2025: 7 tema bagi corak pek NDP hasil pelukis tempatan kurang upaya

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Jun 2025 06:57PM Dikemas Kini : 14 Jun 2025 11:12PM
SINGAPURA: Saling mengambil berat, kepelbagaian budaya dan berdaya tahan.

Inilah antara tujuh tema yang digunakan untuk pek Hari Kebangsaan tahun ini bagi menyambut ulang tahun Singapura yang ke-60.

Antara corak-corak yang dihasilkan para pelukis memaparkan sejarah Singapura, nilai-nilai yang dikongsi bersama serta harapan bagi masa hadapan.

Pek ini, yang bertemakan 'Menyumbang', dihasilkan oleh seorang pelajar berusia 12 tahun yang sedang berlatih menjadi seorang pelukis.

Coraknya berdasarkan sebuah blok HDB yang menurutnya, merupakan suatu kebanggaan Singapura.

"Pada masa hadapan, saya berharap dapat melihat HDB dengan panel suria kerana ia lebih berkesan dari segi menjimatkan elektrik," kata Rihansh Manoj Chugani,
Pelukis pek NDP "Menyumbang".

Rihansh adalah antara 41 pelukis yang terlibat dalam lukisan corak pek NDP tahun ini.

Mereka merupakan pelajar sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan pelukis-pelukis daripada badan tidak meraih untung ART:DIS.

Anggota paling muda berusia 10 tahun manakala yang paling tua sekitar 70 tahun.

"Kami sebenarnya meluaskan skop perkongsian kami melewati SG Enable. Kami membawa ART:DIS untuk memaparkan barisan pelukis yang pelbagai, termasuk pelukis profesional, pelukis yang masih dalam latihan serta pelukis baharu.

"Tujuan kami atau harapan kami adalah untuk lebih komited dalam memperbaiki atau mengambil langkah positif dengan penyertaan golongan kurang upaya serta berusaha membina Singapura yang lebih inklusif yang mengupayakan," kata Maj Desmond Lim, Ahli Jawatankuasa Pek NDP 2025.
Sumber : CNA/QA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita