NDP 2024: SPF cuba teknologi baharu di Marina Bay Sands untuk urus pergerakan orang ramai
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Wallace Woon/CNA
SINGAPURA: Keselamatan orang ramai diberikan keutamaan di sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Buat julung-julung kalinya, teknologi baharu dan belon LED akan digunakan untuk melicinkan pergerakan orang ramai di kawasan Marina Bay pada 9 Ogos ini.
Pihak berkuasa menjangkakan jumlah pengunjung ke kawasan itu akan meningkat sebanyak 20 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Seramai 2,000 pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) akan dikerahkan ke kawasan Marina Bay bagi menguruskan pergerakan orang ramai di Marina Bay, selain seribu anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang turut ditempatkan di sana.
Tahun ini, SPF dan Marina Bay Sands turut menguji ciri-ciri aplikasi yang baharu.
Orang ramai yang berada di kawasan Marina Bay boleh mengimbas kod QR bagi melungsuri laman Crowd@Marina Bay untuk mengetahui keadaan kesesakan di kawasan itu.
Kod QR itu kali terakhir digunakan semasa sambutan malam Tahun Baharu dan ia kini dikemas kini untuk memaparkan kepadatan penumpang di stesen-stesen MRT.
Ciri-ciri tersebut dapat membantu pengguna merancang perjalanan mereka dan elakkan daripada terperangkap dalam kesesakan.

Sumber : CNA/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.