Skip to main content

Singapura

NDP 2024 peringati 40 tahun Pertahanan Mutlak dengan pertunjukan istimewa antara Padang dan Marina Bay

Anggaran Waktu Membaca:
NDP 2024 peringati 40 tahun Pertahanan Mutlak dengan pertunjukan istimewa antara Padang dan Marina Bay

Gambar fail: Try Sutrisno Foo/CNA

SINGAPURA: Tahun ini, Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) akan menampilkan satu pertunjukan istimewa antara Padang dengan Marina Bay bagi memperingati 40 tahun Pertahanan Mutlak.

Segmen yang akan diadakan buat julung-julung kalinya itu akan mempamerkan bagaimana masyarakat dan pemerintah bertindak balas terhadap pelbagai senario seperti ancaman udara dan maritim serta kecemasan awam dan gangguan pada khidmat penting.

Demikian menurut Jawatankuasa Eksekutif NDP 2024 pada Khamis (23 Mei).

NDP 2024 juga akan menampilkan Onward March atau Baris Masuk buat pertama kalinya di Padang, di mana kontinjen-kontinjen akan baris masuk ke tempat duduk penonton.

Para penonton juga boleh menjangkakan pengalaman 360 darjah dengan kesan berbilang media dan bunga api yang dipertingkatkan.

Segmen kegemaran penonton seperti persembahan payung terjun Red Lions, acara terbang lalu bendera negara dan tembak hormat kepresidenan masih disertakan dalam NDP 2024 dan akan disiarkan secara langsung di televisyen dan platform internet.

Sambutan NDP tahun ini juga akan diperluaskan ke Promontory @ Marina Bay pada 9 Ogos dan kawasan-kawasan kejiranan pada 10 Ogos.

Orang ramai boleh menikmati persembahan langsung, pertunjukan bunga api dan perarakan kenderaan daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Pasukan Polis Singapura (SPF), di samping karnival di lima kawasan kejiranan.

Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.

Para pelajar yang akan menuntut di Menengah 3 tahun depan juga akan diundang ke Pameran Pendidikan Nasional pada tahun 2025.
Sumber : CNA/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita