Skip to main content

Singapura

NDP 2024: Palang Merah SG tampil kali pertama dalam segmen persembahan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Aug 2024 07:41PM Dikemas Kini : 02 Aug 2024 09:14PM
SINGAPURA: Pasukan Palang Merah Singapura akan membuat penampilan sulung dalam segmen persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada tahun ini.

Pasukan itu khususnya mahu menunjukkan bagaimana rakyat Singapura boleh memainkan peranan mempertahankan negara semasa sesuatu serangan.

"Melalui segmen Pertahanan Awam 40 ini, orang ramai benar-benar dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh Palang Merah. Di sini anda boleh melihat kami beraksi, kami menyediakan pertolongan cemas psikologi," kongsi sukarelawan Palang Merah, Ranitha.

"Saya tidak fikir ramai orang benar-benar mendengar tentang pertolongan cemas psikologi."

Babak mereka bakal menggunakan senario simulasi di mana bas dirampas oleh pengganas tetapi para sukarelawan bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Ini mungkin sebuah persembahan, tetapi ia merupakan acara penting bagi kami di mana kami berkumpul dan ia mencerminkan perkara yang kami sepatutnya lakukan apabila krisis sebenar berlaku," ujar Penolong Setiausaha Agung Operasi Palang Merah, Charis Chan.

Cik Chan menambah harapannya ialah rakyat Singapura dapat mencari peranan untuk diri mereka sendiri mengikut kekuatan dan minat mereka, sama ada melalui pengurusan krisis, menderma darah, atau membantu belia dan warga emas.
Sumber : CNA/QA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita