NDP 2024, 2025 diadakan di Padang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua edisi akan datang Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 2024 dan 2025 akan diadakan di Padang.
Demikian diumumkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Jumaat (29 Sep).
Peristiwa-peristiwa penting akan diperingati dalam kedua-dua edisi NDP.
Edisi tahun depan diadakan bersempena ulang tahun ke-40 Pertahanan Mutlak, iaitu konsep pertahanan negara Singapura, manakala tahun 2025 menandakan hari kemerdekaan ke-60 negara.
Untuk meraikan ulang tahun Pertahanan Mutlak tahun depan, buat julung-julung kalinya, satu pertunjukan dinamik pertahanan akan diadakan di Padang, kata brigadier jeneral Low Wilson, pengerusi jawatankuasa eksekutif NDP 2024.
Pertunjukan itu akan menampilkan komponen-komponen air dan darat dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berganding bahu dengan masyarakat, kata BG Low, yang juga Ketua Pegawai Pengawal dan Komander, Divisyen ke-21 Singapura.
Pertunjukan dinamik pertahanan itu akan memaparkan bagaimana respons pasukan-pasukan Singapura terhadap ancaman dalam pertunjukan penuh aksi menggunakan piroteknik, tambah beliau.
Pertunjukan dinamik pertahanan dan sambutan NDP juga akan diadakan di kawasan Marina Bay, membolehkan lebih ramai rakyat Singapura meraikannya.
Memandangkan sehari selepas NDP adalah hari Sabtu, terdapat perancangan untuk mengadakan acara-acara masyarakat NDP dan aset-aset negara akan datang ke kawasan-kawasan kejiranan untuk mendekati lebih ramai rakyat Singapura pada 10 Ogos 2024.
Pada 2025, NDP akan kembali ke Padang bagi meraikan ulang tahun ke-60 Singapura.
Tapak itu dipilih atas sejarahnya yang penting, kata BG Cai Dexian, pengerusi jawatankuasa eksekutif NDP 2025 dan Komander, Divisyen ketifa Singapura.
Padang merupakan lokasi NDP pertama Singapura pada 1966. Ia juga menjadi tuan rumah kepada NDP semasa sambutan peristiwa penting, seperti SG50 pada 2015 dan ulang tahun ke-20 Singapura pada 2019.
NDP 2025 akan mengikut konsep "tiga bulatan sepusat", dengan pertunjukan bersepadu di tengah-tengah Padang dan dilanjutkan sambutan secara langsung di kawasan Marina Bay serta sambutan di kawasan kejiranan," kata BG Cai.
Perbarisan akan menampilkan kontinjen kenderaan, pertunjukan udara dan bunga api. Lebih 250,000 orang dijangka mengambil bahagian dalam NDP 2025 semasa raptai dan pada Hari Kebangsaan.
Kontinjen kenderaan secara tradisinya diadakan pada tahun-tahun di mana terdapat sambutan peristiwa penting, dan menumpukan kepada pertunjukan penuh keupayaan SAF dan Home Team dalam perarakan besar-besaran dan rasmi, kata BG Cai.
"Bahagian-bahagian terpilih" kontinjen perbarisan dan kontinjen kenderaan di NDP 2025 akan bergerak di sekitar kawasan Marina Bay untuk mendampingi lebih ramai rakyat Singapura, tambah beliau.
Segmen kegemaran orang ramai seperti Red Lions dan pertunjukan udara akan terus diadakan semasa NDP 2024 dan 2025.
Tahun lalu, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata beliau mahu Perbarisan Hari Kebangsaan diadakan di Stadium Negara di Hab Sukan Singapura pada 2024.
Ditanya mengapa ini tidak akan berlaku, BG Low berkata pasukan beliau berasa Padang akan lebih sesuai untuk menyediakan pengalaman imersif dan bagi menganjurkan pertunjukan dinamik pertahanan bagi NDP 2024.
Secara berasingan, beliau dan pasukannya juga akan memberi perhatian kepada usaha mendampingi pihak berkepentingan di kawasan itu untuk mengurangkan gangguan yang disebabkan persediaan bagi perbarisan, seperti latihan.
Lokasi-lokasi NDP lazimnya diumumkan setahun lebih awal.
Oleh kerana dua perbarisan akan datang diadakan di Padang, langkah mengumumkan NDP 2025 dua tahun lebih awal membolehkan pasukannya belajar daripada penganjur NDP 2024, kata BG Cai.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.