NDP 2023 akan diadakan di Padang, kata Ng Eng Hen
Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun depan akan diadakan di Padang, dengan platform terapung Marina Bay menjalani pembangunan semula untuk dijadikan Dataran NS, lokasi tetap NDP. Ia dijangka siap menjelang hujung 2026

Gambar fail pertunjukan bunga api semasa Perbarisan Hari Kebangsaan 2015 di Padang.
SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun depan akan diadakan di Padang, dengan platform terapung Marina Bay menjalani pembangunan semula untuk dijadikan Dataran NS, lokasi tetap NDP. Ia dijangka siap menjelang hujung 2026.
Maka itu, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata beliau ingin NDP akan datang diadakan di Stadium Negara memandangkan pengurusannya kini lebih dijangkakan dan stabil.
Agensi pemerintah SportSG mengumumkan bulan lalu ia akan mengambil alih pengurusan kemudahan itu.
Dr Ng berkata demikian selepas menyaksikan pertunjukan Pendidikan Kebangsaan (NE) kedua sedang Singapura meraikan ulang tahun kemerdekaan negara berskala penuh selepas dua tahun.
"Ini adalah pertunjukan untuk rakyat Singapura untuk merenung dan meraikan bersama. Jadi ya, semuanya berada di landasan yang betul dan kami menantikan NDP berskala penuh sama seperti sebelum COVID dengan 20,000 penonton setiap kali kami mengadakan pertunjukan, dengan berjuta-juta lagi menonton di rumah," katanya.
Tema NDP tahun ini ialah “Lebih Kukuh Bersama, Majulah” - menyeru warga Singapura agar terus maju sebagai rakyat yang bersatu padu dan teguh demi masa depan yang lebih cerah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.