Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDP 2022: Taufik Batisah nyanyikan lagu tema 'Lebih Kukuh Bersama'

Lagu tema Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini berjudul 'Lebih Kukuh Bersama' akan dinyanyikan oleh juara Singapore Idol, Taufik Batisah.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lagu tema Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini berjudul 'Lebih Kukuh Bersama' akan dinyanyikan oleh juara Singapore Idol, Taufik Batisah.

Kali terakhir penyanyi bersuara emas itu menyumbang suara bagi lagu tema NDP adalah pada 2005, menerusi lagu berjudul 'Reach Out For The Skies'.

Lagu tema NDP 2022 yang digubah muzik Don Richmond itu menyeru warga Singapura supaya bersatu dan menggalakkan mereka supaya berdiri teguh dan mengatasi rintangan bersama.

"Bagi Taufik, lagu ini memberi inspirasi di masa pandemik sejak 3 tahun lalu, ramai orang yang harus beralih ke pekerjaan yang lain, ramai orang yang berdepan banyak kesusahan dan sebagainya.

"Lagu ini adalah satu inspirasi bahawa tidak kira apa kesusahan yang kita harus tempuhi dalam kehidupan, kita harus terus tabah, kita harus bantu satu sama lain, kalau kita bekerjasama, tiada cabaran yang tidak boleh kita tempuhi bersama," kata Taufik.

Malah, sejajar dengan tema NDP tahun ini iaitu 'Lebih Kukuh Bersama, Majulah', video yang mengiringi lagu tema NDP tahun ini juga menampilkan kisah-kisah sebenar warga Singapura yang memaparkan sifat daya tahan rakyat.

Kisah-kisah yang dipaparkan dalam video itu juga menonjolkan semangat perpaduan dan bagaimana orang ramai dapat bersatu dan berdiri teguh demi maju ke hadapan.

"Lagu ini seperti sesuatu yang meraikan bagi orang ramai di Singapura dan saya harap orang ramai dapat menerima lagu ini, lagu ini pun rancak, menyeronokkan. Saya harap kanak-kanak juga dapat terima lagu ini," ujar Taufik lanjut.

NDP tahun ini akan diadakan pada skala lebih besar di Pentas Terapung Marina Bay dan dibuka kepada orang awam.

Perincian bagi memohon tiket NDP akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan