Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDP 2022 tampilkan kembali kumpulan berseragam belia, kontinjen perarakan sosial & ekonomi secara fizikal

Anggaran Waktu Membaca:
NDP 2022 tampilkan kembali kumpulan berseragam belia, kontinjen perarakan sosial & ekonomi secara fizikal

Gambar: CNA/Jeremy Long

Diterbitkan : 23 Jun 2022 03:07PM Dikemas Kini : 23 Jun 2022 04:08PM

SINGAPURA: Lebih 850 peserta daripada kumpulan berseragam belia serta pertubuhan-pertubuhan sosial dan ekonomi akan kembali secara fizikal dan maya ke Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, iaitu buat kali pertama sejak 2019. 

Demikian menurut jawatankuasa eksekutif NDP pada Khamis (Jun 23).

Mereka membentuk sebahagian daripada sekitar 2,000 peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan tahun ini, yang bakal menampilkan 37 kontinjen perarakan fizikal dan secara maya.

Perbarisan dan upacara tahun ini, serta segmen paparan pertahanan mutlak, akan digabungkan dan dinamakan semula sebagai Kekuatan Negara Kita, menurut jawatankuasa itu.

Segmen tersebut akan "memperingati kekuatan dan tekad rakyat Singapura daripada kedua-dua sektor ketenteraan dan masyarakat awam dalam mempertahankan Singapura". Ini selain "menghimpunkan rakyat Singapura untuk membina masa hadapan yang lebih cerah bersama-sama melalui semua aspek pertahanan mutlak".

Perbarisan itu juga akan memberi penghormatan kepada semua anggota perkhidmatan negara semasa dan yang lalu sempena menyambut 55 tahun Perkhidmatan Negara (NS55).

Bahagian tersebut mengiktiraf pengorbanan mereka serta sokongan daripada keluarga dan majikan mereka, tambah jawatankuasa itu.

Diarahkan oleh Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara LTC Desmond Fu, perbarisan itu juga akan menampilkan semula tatu ketenteraan.

Ini terdiri daripada persembahan hibrid fizikal dan maya oleh Skuad Latihan Kejituan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pancaragam Gabungan SAF dan Pasukan Polis Singapura (SPF), pancaragam gabungan sekolah serta koir maya.

Para penonton juga boleh menjangakan untuk menyaksikan segmen perbarisan tradisional kegemaran mereka - acara terbang lalu bendera negara yang diterbangkan oleh helikopter Chinook RSAF, dengan diiringi helikopter Apache RSAF, Tembak Hormat Kepresiden serta tembakan 'Feu-de-Joie'.

Paparan pertahanan mutlak berintensiti tinggi juga akan kembali di NDP 2022, dengan beberapa kenderaan dan pertunjukan membuat kemunculan pertama mereka. Paparan pertahanan mutlak kali terakhir diadakan pada 2017 di mana ia dikenali sebagai paparan pertahanan dinamik, menurut jawatankuasa itu.

Disusun atur oleh SAF dan Home Team, paparan tersebut meliputi dua bahagian, Mempertahankan Singapura Kita serta Menjaga Keamanan Singapura Bersama. Ia akan melibatkan lebih 500 peserta dan lebih 50 aset.

Lebih banyak maklumat mengenai NDP 2022 boleh didapati di akaun-akaun media sosial NDP serta laman ini.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan