NDP 2022: Polis guna teknologi robot dan dron, tingkatkan keselamatan di Marina Bay
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Robot peronda canggih dan dron merupakan di antara peralatan teknologi tinggi yang akan digunakan bagi membantu polis memastikan keselamatan awam semasa Perbarisan Hari Kebangsaan, Selasa (9 Ogos) nanti.
NDP tahun ini adalah persembahan skala besar pertama sejak 2019. Lebih 25,000 penonton akan menyaksikan sambutannya di Pentas Terapung Marina Bay manakala ribuan yang lain di kawasan-kawasan sekitar.
"Sila berhati-hati dengan persekitaran anda dan jaga barang-barang anda." Itu merupakan mesej yang akan bergema di kawasan Marina Bay pada 9 Ogos nanti.
Empat robot peronda serba canggih akan digunakan di tempat yang ada lebih ramai orang seperti di sekitar Esplanade.
Kamera pada robot berkenaan mampu membuat rakaman dari pelbagai sudut untuk membantu pegawai memantau keadaan dengan lebih baik. Ia juga boleh mengesan kemungkinan adanya ancaman keselamatan seperti beg yang ditinggalkan.
Lebih 2,000 pegawai polis dikerah untuk menyediakan keselamatan di darat dan laut di Marina Bay dan kawasan sekitarnya.
Di samping itu, kamera khas akan digunakan buat pertama kalinya untuk membantu polis mengawasi orang ramai.
Alat dron juga digunakan untuk membantu polis memantau keadaan, terutama sekali pada waktu malam.
Bagi pengunjung pula, mereka boleh mengimbas kod QR di stesen-stesen MRT berdekatan yang memaparkan peta dan keadaan kesesakan di kawasan Marina.
Kawasan sekitar Pentas Terapung juga akan ditetapkan sebagai "Kawasan Acara Khas" di mana pemeriksaan keselamatan yang ketat dilakukan.
Orang ramai dilarang membawa barang seperti alat pembesar suara atau menggunakan dron di kawasan itu.
Mereka yang berbuat demikian,
boleh didenda sehingga S$20,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.