Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDP 2022: ME3 Abdul Razak Mohammed Noor kongsi kenangan manis 40 kali sertai NDP

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: ME3 Abdul Razak Mohammed Noor, 59 tahun antara sekitar 2,000 peserta yang terlibat dalam upacara perbarisan tahun ini.

Penyertaan beliau bersama pancaragam SAF dalam NDP tahun ini lebih istimewa kerana ia adalah kali ke-40 dan terakhir beliau kerana akan bersara tidak lama lagi.

Beliau banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang beliau berkhidmat dalam pancaragam SAF.

--

Dan pastinya yang paling manis ia apabila beliau bertemu jodoh dengan isterinya yang juga anggota pancaragam yang sama.

ME3 Abdul Razak Mohammed Noor berkata: "Saya rasa sedih. Saya kehilangan kawan-kawan saya yang bekerja dengan saya selama ini. Kami membangun bersama-sama.

"Tetapi inilah masanya untuk saya serahkan kepada generasi baru untuk meneruskan perjuang saya dalam mempersembahkan yang terbaik untuk Hari Kebangsaan negara kita. Di mana, ia adalah salah satunya peluang semua negara kita bersatu, bersemangat satu Singapura."

PASANGAN KEMBAR SERTAI PERBARISAN NDP BUAT KALI PERTAMA

Pasangan adik beradik kembar Mirra Syamilah Jumani dan Rizqah Farzana Jumani, 14 tahun, yang mewakili Kontingen Pandu Puteri, pula teruja dapat menyertai Perbarisan NDP tahun ini.

--

Mirra Syamilah Jumani berkata: "Saya tidak pernah menyertai NDP yang lalu. Jadi saya berasa gembira kerana ini kali pertama saya."

Meskipun akur perlu mengorbankan masa lapang pada hujung minggu untuk menghadiri latihan, kedua-dua pelajar Sekolah Menengah West Spring itu berkata ia adalah pengalaman baru yang menyeronokkan.

PAPARAN PERTAHANAN MUTLAK DIADAKAN SEMULA

Paparan pertahanan mutlak yang bakal diadakan melibatkan lebih 500 peserta dan lebih 50 aset dari agensi-agensi keselamatan dan pertahan Singapura.

Antara aset baru yang akan ditampilkan termasuk kenderaan peronda 'Fast Response Car' (FRC) dan Mesin Pemadam Api "Pumper" Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

--

Upacara perbarisan tahun ini melibatkan seramai 2,000 peserta dari 37 kontingen perbarisan secara maya dan fisikal.

Sempena menyambut 55 tahun Perkhidmatan Negara (NS55), perbarisan itu akan memberi penghormatan kepada semua anggota perkhidmatan negara semasa dan yang lalu.

Para penonton boleh menjangkakan segmen perbarisan tradisional kegemaran mereka - acara terbang lalu bendera negara yang diterbangkan oleh helikopter Chinook RSAF, dengan diiringi helikopter Apache RSAF.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan