Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDP 2020 diisytihar 'acara khas dipertingkat keselamatan': Polis

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2020, yang akan diadakan di Padang dan The Star Vista pada 9 Ogos diisytiharkan sebagai "acara khas dengan keselamatan dipertingkat" di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Anggaran Waktu Membaca:
NDP 2020 diisytihar 'acara khas dipertingkat keselamatan': Polis

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 01 Aug 2020 11:18PM Dikemas Kini : 14 Aug 2020 11:52AM

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2020, yang akan diadakan di Padang dan The Star Vista pada 9 Ogos diisytiharkan sebagai "acara khas dengan keselamatan dipertingkat" di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Kawasan di sekitar kedua-dua tempat itu juga ditetapkan sebagai kawasan acara khas dengan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan.
Terdapat juga zon dengan kawasan-kawasan acara khas di mana pemeriksaan keselamatan yang ketat akan dijalankan, kata polis pada Sabtu (1 Ogos).

Semua kenderaan dan individu yang memasuki zon tersebut akan diperiksa.

Kawasan acara khas dan zon khas itu akan dikuatkuasakan pada 9 Ogos di Padang dari 5.00 pagi hingga 2.00 petang dan di The Star Vista dari 3.00 petang hingga 11.59 malam.

Dron tidak boleh diterbangkan di kawasan berkenaan.

Pesalah boleh ditahan dan jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara sehingga 12 bulan atau didenda sehingga S$20,000.
Polis juga menyenaraikan barang yang dilarang dibawa masuk dalam kawasan acara khas.

Ia termasuk sebarang bahan berbahaya atau yang boleh menyinggung perasaan,
alat isyarat yang mengeluarkan asap, sebarang bahan petroleum atau bahan mudah terbakar, bahan letupan, senjata, cat semburan serta alat pembesar suara.

Sesiapa yang didapati memiliki bahan-bahan tersebut boleh ditangkap, kata polis. Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 12 bulan, didenda sehingga S$20,000 atau kedua-duanya sekali. Barang-barang tersebut juga akan dirampas. 

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan