NDP 2020: Beberapa jalan raya akan ditutup sepanjang hujung minggu
Beberapa jalan raya akan ditutup pada hujung minggu ini disebabkan oleh Perbarisan Hari Kebangsaan, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Khamis (6 Ogos).

(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Beberapa jalan raya akan ditutup pada hujung minggu ini disebabkan oleh Perbarisan Hari Kebangsaan, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Khamis (6 Ogos).
Jalan raya yang terjejas adalah berdekatan Padang, di mana Perbarisan Hari Kebangsaan 2020 akan diadakan, dan berdekatan The Star Performing Arts Centre, di mana satu pertunjukan akan diadakan.
Beberapa jalan raya juga akan ditutup secara bergilir sedang kontinjen kenderaan menuju ke kawasan perbarisan.
Penutupan jalan raya berdekatan Padang akan bermula dari Sabtu malam, manakala penutupan berdekatan The Star Performing Arts Centre akan bermula pada Ahad pagi. Para pemandu mungkin juga akan terjejas oleh kontinjen kenderaan pada Ahad antara pukul 9.30 pagi dengan 1.20 tengah hari, menurut pihak polis.
Polis memberi amaran bahawa kelengahan trafik dijangkakan di kawasan-kawasan ini: North Bridge Road, Stamford Road, Esplanade Drive, Nicoll Highway, Commonwealth Avenue West dan North Buona Vista Road.
"Khidmat bas awam yang terjejas oleh penutupan itu akan dilencongkan. Selain itu, para pengguna jalan raya yang menuju ke Suntec City dan Marina Square dari High Street akan perlu menggunakan jalan lain melalui Bras Basah Road atau Esplanade Drive," menurut polis.
Jalan raya yang terjejas berdekatan Padang adalah seperti berikut:

(Gambar: SPF)
Jalan raya yang terjejas berdekatan The Star Performing Arts Centre adalah seperti berikut:

Pada tempoh yang ditetapkan itu, tempat letak kenderaan tidak dibuka kepada orang awam di Galeri Nasional Singapura, Bangunan Parliamen, Mahkamah Agung dan The Adelphi.
Tempat letak kereta The Star Vista juga akan ditutup dari 12.01 pagi pada Ahad. Teksi dan kenderaan sewa privet dibenarkan masuk ke tempat teksi mengambil dan menurunkan penumpang di The Star Vista sehingga Ahad pukul 2.00 petang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.