Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDP 2019: PM Lee hargai kehadiran pemimpin negara-negara jiran

Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan penghargaan beliau terhadap kehadiran Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad bersama isteri-isteri mereka di Perbarisan Hari Kebangsaan edisi dwi-abad hari ini (9 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Aug 2019 11:11PM Dikemas Kini : 09 Aug 2019 11:22PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan penghargaan beliau terhadap kehadiran Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri-isteri mereka di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) edisi dwi-abad hari ini (9 Ogos).

Menurut kenyataan dari Kementerian Ehwal Luar (MFA), PM Lee juga mengesahkan talian sejarah yang dalam serta persahabatan antara Singapura dengan negara-negara jirannya itu semasa pertemuan mereka di Galeri Nasional Singapura.

Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Joko Widodo, and Dr Mahathir Mohamad menerima undangan PM Lee bulan lalu untuk menghadiri perbarisan Hari Kebangsaan di Padang.

Kali terakhir para pemimpin asing menghadiri NDP adalah empat tahun lalu ketika Singapura menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-50. 

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan