Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDP 2019: 5 perkara yang anda boleh jangkakan di perbarisan tahun ini

Tidak kira sama ada anda akan menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan atau menonton acara itu di rumah, berikut adalah antara pertunjukan yang anda boleh menjangkakan sambil kita meraikan ulang tahun Singapura yang ke-54.

Anggaran Waktu Membaca:
NDP 2019: 5 perkara yang anda boleh jangkakan di perbarisan tahun ini

(Gambar-gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 09 Aug 2019 09:09AM Dikemas Kini : 09 Aug 2019 09:19AM

SINGAPURA: Tidak kira sama ada anda akan menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan atau menonton acara itu di rumah, berikut adalah antara pertunjukan yang anda boleh menjangkakan sambil kita meraikan ulang tahun Singapura yang ke-54.

PERTUNJUKAN UDARA

Jika anda sering menanti-nantikan segmen terbang lalu NDP, pertunjukan udara "yang dipertingkatkan" tahun ini pastinya tidak akan mengecewakan anda.

Ia bermula dengan acara terbang lalu bendera negara, yang dibawa helikopter Chinook, diiringi oleh dua helikopter Apache.

Setelah itu, pesawat Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), A330 Tanker Transport, akan membuat kemunculannya, diiringi oleh dua jet pejuang F-15SG.

Jet pejuang F-15SG itu akan mengaum di udara sekaligus menyempurnakan pertunjukan dengan aksi aerobatik dinamik (dynamic manoeuvres), termasuk penerbangan menegak.

KONTINJEN KENDERAAN

Tahun ini menandakan tahun ke-50 sejak kontinjen kenderaan muncul buat pertama kali di Padang sejak NDP 1969.

Sebanyak 171 aset dipamerkan dari SAF dan Home Team dalam segmen perarakan kenderaan, yang akan berlangsung hampir 15 minit dan melibatkan para perserta daripada pelbagai generasi.

Antara kenderaan terbaru tahun ini adalah kenderaan berperisai generasi baru Angkatan Bersenjata Singapura, iaitu Kenderaan Penggempur Berperisai Hunter.

Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) juga memiliki kenderaan baru - Sistem Peluru Berpandu Darat-ke-Udara Aster-30.

Bukan itu sahaja, buat pertama kalinya, aset tentera laut juga dipamerkan dalam kontinjen kenderaan, seperti Bot Penggempur Combatant Craf Medium.

PENGHORMATAN KEPADA S'PURA YANG BERBILANG BUDAYA

Para penonton juga dapat menikmati pertunjukan gah di perbarisan itu, yang didedikasikan kepada Singapura sebagai sebuah negara yang berbilang budaya.

Pertunjukan itu yang bertemakan "Sungai Kita" menampilkan rakyat Singapura bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing, dan disusuli dengan persembahan menarik yang melibatkan 380 penari dari Persatuan Rakyat dan 40 penari dari Music and Drama Company.

CAHAYA, MUZIK, AKSI

Para penyanyi rap Danial “Wheelsmith” Bawthan, Yung Raja dan Fariz Jabba
akan membuat persembahan. Mereka akan disertai oleh 859 pelajar dari empat sekolah menengah.

Selain itu, sebuah patung singa raksasa setinggi enam meter akan muncul di Padang - prop terbesar dalam sejarah NDP.
Patung gergasi itu mungkin kelihatan ringan tetapi ia sebenarnya seberat 1,000kg dan memerlukan latihan intensif, kerjasama untuk mengendalikannya.

PERTUNJUKAN BUNGA API

Segmen bunga api tahun ini akan dilancarkan dari tiga lokasi: Padang, Marina Bay dan buat pertama kalinya dalam 30 tahun - Sungai Singapura juga, dengan bunga api tertinggi dilancarkan setinggi 180 meter ke udara.

Pertunjukan itu melibatkan sebuah tapak pelancaran bunga api terpanjang, di hadapan Muzium Tamadun Asia. Tapak sepanjang 450 meter itu membolehkan pertujukan bunga api yang lebih hebat dipaparkan, menurut para penganjur.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan