NCADA manfaatkan media sosial, dekati golongan belia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA) akan memanfaatkan media sosial untuk mendampingi golongan muda yang lebih celik teknologi.
Satu siri filem NCADA di Tik Tok juga akan meninjau soalan-soalan sukar tentang dadah.
Kempen antidadah itu akan berlangsung selama dua tahun dan bertujuan mencetuskan perbincangan bermakna serta menyebarkan kesedaran berhubung penyalahgunaan dadah.
Satu siri filem baru menampilkan hubungan berbeza pelbagai watak dengan dadah.
Ia adalah sebahagian daripada kempen lebih besar dipanggil "What's Your Fix", yang menyasarkan golongan belia sebagai permulaan.
NCADA menyatakan 60 peratus penyalah guna dadah baru, berusia bawah 30 tahun dan sikap mereka lebih bersahaja terhadap dadah.
Menurut Dr Chew Tuan Chiong, Naib Pengerusi NCADA, penagihan dadah bukan sahaja membawa padah bagi individu, bahkan lebih teruk bagi mereka di sekeliling individu tersebut.
"Dulu, golongan belia kurang terdedah kepada internet tetapi sekarang mereka mendapat pelbagai maklumat dan juga penerangan salah daripada internet. Jadi mereka mula berfikir atau percaya mereka sedang berfikir untuk diri mereka saja," ujar Dr Chew.
Kempen berkenaan akan menyaksikan lagi dua program dilancarkan dalam dua tahun akan datang.
Kempen baru NCADA tersebut juga merupakan satu peralihan daripada penyampaian mesej cara lama.
Badan itu mahu mendampingi golongan belia yang mempunyai lebih akses kepada internet dan pandangan sejagat.
Lantaran itu, dengan cara ini NCADA menyatakan pihaknya membolehkan generasi muda untuk meluahkan pandangan dan memperkasa mereka dengan mendengar dan menerima pandangan orang lain.

Sumber : CNA/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.