Nasihat AVA: Tidak pasti sumber salada lettuce romaine anda? Buang sahaja.
Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menasihati mereka yang sudah membeli salada romaine lettuce dan tidak pasti asalnya supaya membuang sahaja sayuran itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Salada romaine lettuce. (Gambar: Andrew Caballero-Reynolds/AFP)
SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menasihati mereka yang sudah membeli salada romaine lettuce dan tidak pasti asalnya supaya membuang sahaja sayuran itu sebagai langkah berjaga-jaga.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, pada Rabu (21 Nov), AVA menyatakan bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang menyiasat penularan jangkitan bakteria E. coli yang dikaitkan dengan salada romaine lettuce.
Amaran tersebut merangkumi semua jenis romaine, termasuk "whole heads, hearts", salada yang sudah dicampur dan salada Caesar.
Bagaimanapun, AVA menyatakan bahawa siasatan terhadap sumber bakteria yang menyebabkan penularan itu masih dijalankan. Tambahnya sejauh ini, tidak ada jenama tertentu atau ladang yang dikenal pasti.
"Kami import romaine lettuce dari Amerika Syarikat dan AVA sudah mengingatkan pihak industri tersebut supaya lebih berwaspada," menurut AVA.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya anda sudah membeli lettuce romaine dan tidak pasti sumbernya, anda harus buang sahaja sayur itu," tambah AVA lagi.
Ia turut menasihati para pembeli untuk mengamalkan tabiat menyediakan makanan secara selamat.
Mereka harus mencuci tangan, perkakas dapur dan permukaan menyiapkan makanan sebelum dan selepas mengendalikan makanan mentah. Asingkan juga makanan mentah daripada yang sudah dimasak atau siap-untuk-dimakan. Langkah-langkah tersebut membantu mengelakkan pencemaran makanan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.