Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nasi Lemak Pak Mandor di Yishun menang anugerah nasi lemak terbaik SG

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kedai Nasi Lemak Pak Mandor di Yishun dinobatkan oleh pendengar stesen radio tempatan, Class 95 sebagai pemenang Anugerah Nasi Lemak Terbaik selepas menerima undian pendengar stesen tersebut pada Jumaat (29 Sep).

Pak Mandor Nasi Lemak yang dikendalikan oleh seorang ibu dan dua anak perempuannya, merupakan penerima anugerah yang membanggakan itu berkat makanan yang lazat dan harga berpatutan.

Kedai mereka begitu popular sehinggakan makanan itu sering dilaporkan habis dijual menjelang tengah hari selepas dibuka pukul 7.30 pagi setiap hari.

Penyampai Class 95, Yasminne Cheng yang mengunjungi kedai tersebut dan mencuba sepinggan nasi lemak dengan timbunan sambal memuji setiap komponen hidangannya.

Seorang penulis blog makanan, Tam Chiak menyifatkan hidangan di kedai tersebut sebagai sederhana dan tidak syak lagi nasi lemak terbaik di Yishun.

Selain itu, penulis menunjukkan kepelbagaian makanan yang anda boleh dapatkan pada harga cuma S$3.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan