Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nama, gambar Dr Fatris Bakaram dikaitkan dengan iklan pelaburan halal palsu

Anggaran Waktu Membaca:
Nama, gambar Dr Fatris Bakaram dikaitkan dengan iklan pelaburan halal palsu

Nama dan gambar Ustaz Dr Fatris Bakaram yang digunakan bagi sebuah iklan pelaburan halal palsu. (Gambar: Facebook/Fatris Bakaram)

SINGAPURA: Mantan Mufti Negara, Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram, menegaskan beliau bukan penasihat kepada sebuah syarikat pelaburan halal, PAFA.

Ini setelah satu catatan Facebook yang mengiklankan khidmat agensi tersebut menggunakan nama dan gambar Dr Fatris.

Dr Fatris memuat naik catatan di Facebook pada Jumaat (15 Dis) menafikan pelibatan beliau, yang menurut poster PAFA, sebagai "Penasihat Terbaik 2023" agensi itu.
Beliau menyifatkan tindakan mengaitkan nama dan gambar beliau kepada syarikat tersebut sebagai "tidak beretika".

"Amat dikesalkan apabila sebuah syarikat yang mendakwa sebagai sebuah agensi pelaburan halal mengeksploitasi nama dan gambar saya tanpa pengetahuan atau keizinan saya sama sekali. Amat tidak beretika!," tegas Dr Fatris.

PAFA TIDAK WUJUD?

Apabila BERITA Mediacorp mencari akaun Facebook syarikat itu, ia tidak wujud.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada ia memang tidak wujud sama sekali atau sudah dipadamkan.

Catatan tersebut juga tertera satu pautan atau URL untuk orang ramai menghubungi mereka. Apabila BERITA Mediacorp melakukan pemeriksaan di laman pemeriksa URL, pautan itu didapati "mencurigakan" dan juga tidak wujud.

WARGA SIBER SURUH LAPOR POLIS

Di ruang komen Dr Fatris, warga siber rata-rata menggesa mantan mufti negara itu supaya mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut.

Salah seorang daripada mereka malah memberi tiga saranan: "1. Minta surat penarikan balik (iklan) dan surat meminta maaf dari mereka. 2. Buat laporan polis kerana menolak fitnah yang akan datang. 3. Perundingan dengan syarikat guaman yang adil serta ikhlas dalam nasihat seterusnya."

Seorang lagi individu pula berkata warga siber boleh "ramai-ramai ke akaun itu dan laporkan ke FB" dan meminta Dr Fatris membuat aduan polis.

"Ini semua penipuan ustaz. Mereka sasar warga emas, yang akan nampak gambar Ustaz dan terus akan tekan pautan itu. Ustaz boleh buat laporan polis," kata seorang lagi warga siber.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan