Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nama 16 sekolah rendah, menengah bakal digabungkan sudah dimuktamadkan

Nama-nama tiga pasang sekolah rendah dan lima pasang sekolah menengah yang bakal digabungkan dalam tempoh tiga tahun seterusnya sudahpun dimuktamadkan, umum Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (6 Apr).
 

Anggaran Waktu Membaca:
Nama 16 sekolah rendah, menengah bakal digabungkan sudah dimuktamadkan

Sekolah Menengah Bedok Green akan mengekalkan namanya setelah bergabung dengan Sekolah Menengah Ping Yi. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 07 Apr 2022 05:10PM Dikemas Kini : 07 Apr 2022 05:10PM

SINGAPURA: Nama-nama tiga pasang sekolah rendah dan lima pasang sekolah menengah yang bakal digabungkan dalam tempoh tiga tahun seterusnya sudahpun dimuktamadkan, umum Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (6 Apr).

Pertama kali diumumkan pada tahun lalu, penggabungan itu dilakukan ekoran kemerosotan pada kadar kelahiran dan perubahan demografik di estet perumahan, menurut MOE.

Ia menarik perhatian bahawa langkah itu adalah bagi memastikan setiap sekolah mempunyai jumlah pelajar yang memadai untuk mewujudkan "sebuah pengalaman pembelajaran yang bertenaga dengan rangkaian program pendidikan serta aktiviti kokurikular yang baik".

Sekolah Rendah Telok Kurau - yang akan meraikan ulang tahunnya yang ke-96 tahun ini - akan mengekalkan namanya setelah bergabung dengan Sekolah Rendah Eunos pada tahun hadapan. Sekolah yang digabungkan itu terletak di tapak sedia ada Sekolah Rendah Telok Kurau di Bedok Reservoir Road.

Sekolah Rendah Farrer Park Primary School - yang merupakan hasil penggabungan antara Sekolah Rendah Boon Keng dan Sekolah Rendah May pada 2002 - juga akan mengekalkan namanya selepas bergabung dengan Sekolah Rendah Stamford pada 2023. Ia akan terletak di tapak sedia ada Sekolah Rendah Farrer Park.

Sekolah Rendah Guangyang dan Sekolah Rendah Townsville juga bakal bergabung pada tahun hadapan untuk menjadi Sekolah Rendah Townsville. Sekolah tersebut akan beroperasi di tapak Sekolah Rendah Townsville, yang kini terletak di Ang Mo Kio Avenue 10.

Sementara itu, Sekolah Menengah Bedok Green akan mengekalkan namanya dalam penggabungan bersama Sekolah Menengah Ping Yi pada tahun hadapan. Sekolah gabungan itu terletak di tapak sedia ada Sekolah Menengah Bedok Green di Bedok North.

Penggabungan antara Sekolah Menengah Chua Chu Kang dengan Sekolah Menengah Teck Whye pada 2023 akan membawa kepada nama Sekolah Menengah Chua Chu Kang tetapi lokasinya terletak di Sekolah Menengah Teck Whye.

Sekolah Menengah Fajar dan Sekolah Menengah Greenridge, kedua-duanya terletak di Bukit Panjang, akan digabungkan untuk menjadi Sekolah Menengah Greenridge pada tahun hadapan. Namun, sekolah tersebut bakal terletak di tapak sedia ada Sekolah Menengah Fajar.

Sekolah Menengah Woodlands Ring akan mengekalkan namanya setelah bergabung dengan Sekolah Menengah Fuchun. Penggabungan kedua-dua sekolah itu ditundakan setahun kepada 2025. Sekolah tersebut akan beroperasi di tapak sedia ada Sekolah Menengah Fuchun tetapi ia akan dipindahkan semula ke tapak Sekolah Menengah Woodlands Rings, yang sudah dinaik taraf, buat sementara waktu pada 2027.

Sekolah Menengah New Town - yang mula beroperasi pada 1965 - juga akan mengekalkan namanya dalam penggabungan bersama Sekolah Menengah Tanglin - yang dibuka setahun lebih awal pada 1964. Sekolah digabungkan itu akan menduduki tapak Sekolah Menengah New Town di Dover Road.

Penggabungan antara Sekolah Rendah Juying dan Sekolah Rendah Pioneer - yang merupakan sebahagian daripada penggabungan tahun lalu - dilakukan pada awal tahun ini. Sekolah baru itu terletak di bangungan Sekolah Rendah Juying tetapi dinamakan Sekolah Rendah Pioneer.

Sekolah-sekolah yang akan digabungkan

Nama bagi sekolah yang digabungkan

Sekolah Rendah Eunos

Sekolah Rendah Telok Kurau

Sekolah Rendah Telok Kurau

Sekolah Rendah Farrer Park

Sekolah Rendah Stamford

Sekolah Rendah Farrer Park

Sekolah Rendah Guangyang

Sekolah Rendah Townsville

Sekolah Rendah Townsville

Sekolah Menengah Bedok Green

Sekolah Menengah Ping Yi

Sekolah Menengah Bedok Green

Sekolah Menengah Chua Chu Kang

Sekolah Menengah Teck Whye

Sekolah Menengah Chua Chu Kang

Sekolah Menengah Fuchun

Sekolah Menengah Woodlands Ring

Sekolah Menengah Woodlands Ring

Sekolah Menengah Fajar

Sekolah Menengah Greenridge

Sekolah Menengah Greenridge

Sekolah Menengah New Town

Sekolah Menengah Tanglin

Sekolah Menengah New Town

 

 

 

MOE menyatakan ia bekerjasama dengan semua sekolah dalam proses menamakan sekolah-sekolah yang digabungkan itu.

"Pelbagai faktor dipertimbangkan termasuk sejarah dan warisan sekolah, pendaftaran, tapak akhir sekolah gabungan serta juga kepentingan pihak berkepentingan dan sentimen sekolah-sekolah yang terlibat," menurut MOE.

"MOE akan terus bekerjasama dengan sekolah-sekolah untuk memastikan peralihan licin bagi semua pelajar serta kakitangan, dan dalam proses itu, memupuk identiti kukuh bagi sekolah gabungan tersebut."

Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa