Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Naikkan tambang secara berperingkat pastikan ia boleh dimampui: Chee Hong Tat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Oct 2024 04:28PM Dikemas Kini : 17 Oct 2024 12:25AM
SINGAPURA: Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata kenaikan tambang dilakukan secara berperingkat demi memastikan ia boleh dimampui.

Beliau menambah, pendekatan yang diambil Majlis Pengangkutan Awam (PTC) itu bermakna kesannya ke atas penumpang akan lebih mudah ditangani.
Berucap di Parlimen, Encik Chee berkata isi rumah keluarga berpendapatan rendah membelanjakan jumlah lebih rendah daripada gaji mereka untuk menaiki pengangkutan awam.

Bagi kumpulan tersebut, jumlah daripada pendapatan mereka untuk tambang pengangkutan awam jatuh kepada 2.4 peratus tahun lalu berbanding 3.1 peratus pada 2014.

Begitu juga keadaannya bagi penumpang dengan pendapatan sederhana.

Encik Chee berkata unjuran itu dijangka kekal sama bagi tahun ini.

"Pemerintah menyokong pendekatan PTC (Majlis Pengangkutan Awam). Inilah sebabnya kami akan menyediakan subsidi tambahan sekitar S$250 juta tahun depan untuk membiayai jurang pendanaan yang timbul daripada kuantum penyesuaian tambang yang ditangguhkan sebanyak 12.9 peratus.

"Komitmen Pemerintah ini memberi jaminan kepada PTC untuk mengenakan kenaikan tambang yang lebih kcil bagi mengurangkan kesannya terhadap penumpang, mengetahui bahawa kos lebih tinggi untuk menyediakan pengangkutan awam sudahpun diambil kira," kata Encik Chee.

Encik Chee menambah apabila menetapkan tambang, Majlis tersebut berpandukan fomula penyesuaian tambang.

Ia mengambil kira kos tenaga dan pendapatan serta faktor-faktor ekonomi dan sosial.

Beliau menekankan betapa menyediakan sistem pengangkutan yang andal lagi selamat juga kekal sebagai keutamaan penting.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan