Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Naikkan sasaran keandalan MRT mungkin akan bebankan pembayar cukai, penumpang: Chee Hong Tat

Anggaran Waktu Membaca:
Naikkan sasaran keandalan MRT mungkin akan bebankan pembayar cukai, penumpang: Chee Hong Tat

(Gambar: SMRT)

Diterbitkan : 11 Nov 2024 05:26PM Dikemas Kini : 11 Nov 2024 05:28PM
SINGAPURA: Meningkatkan sasaran keandalan MRT boleh membebankan pembayar cukai dan penumpang, kata Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat.

Buat masa ini, sasaran keandalan MRT iaitu 1 juta kilometer secara purata antara gangguan (MKBF) kekal sebagai sasaran "relevan dan sah", menurut Encik Chee di Parlimen pada Isnin (11 Nov).

Encik Chee berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang Pritam Singh, yang berkata sasaran 1 juta MKBF ditetapkan kira-kira lima tahun lalu, dan bertanya sama ada Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mempertimbangkan untuk menaikkan ambang tersebut.

Encik Chee menegaskan bahawa angka 1 juta itu dipilih kerana ia mencerminkan apa yang pengendali MRT terbaik dan paling diyakini - seperti di Taipei dan Guangzhou - telah berjaya dicapai dalam sistem masing-masing.

"Jika kita melihatnya hari ini, saya fikir ia masih merupakan sasaran yang relevan dan sah, sesuatu yang berguna untuk kita fokus, dan itu adalah sesuatu yang akan terus kita usahakan," katanya.

Prospek untuk menaikkannya lagi perlu dinilai dengan teliti, tambah Encik Chee.

"Ini kerana terdapat timbal balas antara menaikkan lagi MKBF dan kos yang perlu ditampung, yang kemudiannya perlu ditanggung oleh sama ada pembayar cukai atau penumpang," kata Encik Chee.

"Lantaran itu, kami akan mengkajinya dengan teliti."

Keandalan MRT dibincangkan di Parlimen menyusuli beberapa gangguan pada sistem MRT dan LRT sejak beberapa bulan lalu.

Gangguan MRT berlaku secara besar-besaran pada September lalu apabila khidmat MRT SMRT di sepanjang bahagian Laluan Timur-Barat tidak tersedia selama kira-kira enam hari selepas MRT yang rosak menyebabkan kerosakan besar pada landasan dan peralatan lain.

Bulan lalu, khidmat di laluan LRT Bukit Panjang terganggu akibat kerosakan LRT, dengan khidmatnya disambung semula sehari kemudian.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan