Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Naiise tutup cawangan terakhir di S'pura, ada penjual tidak terima bayaran hingga $10,000

Peruncit tempatan Naiise, yang terkenal kerana menjual produk-produk seperti pakaian dan kasut yang dihasilkan pereka tempatan, akan menutup kedainya yang terakhir di Jewel Lapangan Terbang Changi pada Ahad (11 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Peruncit tempatan Naiise, yang terkenal kerana menjual produk-produk seperti pakaian dan kasut yang dihasilkan pereka tempatan, akan menutup kedainya yang terakhir di Jewel Lapangan Terbang Changi pada Ahad (11 Apr). Dalam sesetengah kes, para vendor memberitahu Mediacorp bahawa mereka belum menerima pembayaran sehingga S$10,000 daripada peruncit itu.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, pengasasnya Dennis Tay berkata Naiise "tidak pulih langsung" daripada krisis COVID-19 dan akibatnya, sukar membayar para vendor.

Menurutnya, cawangan Naiise di Jewel yang dibuka pada 2019, merupakan satu pelaburan besar yang dibuat pada masa yang salah dan beliau menambah bahawa syarikat itu kini akan menumpukan pada penjualan online.

Syarikat itu bermula sebagai sebuah kedai online pada 2013 sebelum ia membuka sebanyak enam kedai fizikal di Singapura dan Malaysia pada awal tahun lalu.

Namun, ia menghadapi pelbagai masalah sepanjang beberapa tahun lalu. Aduan tentang Naiise gagal membuat bayaran kepada para penjual timbul seawal lima tahun lalu dan terdapat laporan media menyatakan para kakitangan meninggalkan syarikat itu.

Pada Julai lalu, Naiise menutup cawangannya di pusat beli-belah Paya Lebar Quarter. Pada bulan yang sama, ia menarik diri sebagai pengendali pameran runcit bagi pereka tempatan di Design Orchard, dua tahun lebih awal sebelum perjanjian asal, sambil atas alasan kesan pandemik.

Design Orchard yang terletak bertentangan The Heeren di Orchard Road, adalah sebuah ruang runcit, pertumbuhan perniagaan dan acara yang memaparkan jenama-jenama Singapura dan para pereka baru.

Status bagi satu-satunya kedai fizikal Naiise yang tinggal di Kuala Lumpur, Malaysia tidak segera diketahui.

Apabila Mediacorp mengunjungi cawangan Naiise di Jewel pada Khamis (8 Apr), paparan di bahagian hadapan kedai kosong dan tingkat dua kedai itu ditutup dan juga kelihatan kosong.

PENJUAL TIDAK TERIMA BAYARAN

Oleh kerana kecewa bayaran terus tertangguh, lebih daripada 100 penjual Naiise berkumpul dalam sebuah kumpulan Facebook bernama "Naiise Vendors" untuk memikirkan bagaimana untuk mendesak Naiise supaya melunaskan bayaran mereka yang tertunggak.

Beberapa vendor lain memberitahu Mediacorp bahawa kiriman e-mel dan panggilan telefon kepada Encik Tay dan anggota kakitangannya tidak dijawab untuk tempoh yang lama, walaupun mereka belum membuat bayaran antara S$1,000 dengan S$10,000.

Pengasas Fen Perfumes, Cik Suzianna Mohd Sofiee, 36 tahun berkata bahawa Naiise menangguhkan pembayaran sebaik beliau menyertai mereka sebagai seorang penjual pada Disember 2019.

Beliau tidak menerima bayaran bagi penjualan berjumlah S$1,800 antara Januari dengan Mac tahun lalu.

Bayarannya sepatutnya dibuat mulai April 2020, seperti yang tertera dalam kontrak.

Syarikat itu terus menangguhkan bayarannya sehingga beliau mengugut untuk meminta Tribunan Tuntutan Kecil menguat kuasakan arahan bayaran pada Oktober lalu.

Cik Suzianna berkata walaupun Naiise menawarkan untuk membuat bayaran semula secara ansuran bulanan sebanyak S$250, beliau hanya menerima satu bayaran pada Disember tahun lalu. Pada Februari lalu, Naiise memohon bagi bayaran ansuran lebih rendah sebanyak S$30 namun Cik Suzianna berkata beliau belum lagi menerima bayaran yang diubah itu.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan