Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nahas Yio Chu Kang: Pemandu lori didakwa

Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan tiga pejalan kaki berdekatan MRT Yio Chu Kang didakwa hari ini (24 Apr) kerana memandu dengan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian.

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas Yio Chu Kang: Pemandu lori didakwa

(Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 24 Apr 2018 07:20PM Dikemas Kini : 24 Apr 2018 07:26PM

SINGAPURA: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan tiga pejalan kaki berdekatan MRT Yio Chu Kang didakwa hari ini (24 Apr) kerana memandu dengan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian.

Xu Kai Xiang, 25, disyaki memandu "dengan cara yang berbahaya terhadap orang awam", menurut dokumen mahkamah. Lori itu terbabas ke bebendul jalan lalu merempuh pagar sebelum "meluru ke depan" dan melanggar tiga pejalan kaki dan sebuah bas yang tidak bergerak.

Lori itu hanya berhenti selepas ia merempuh tonggak jalan di luar pusat pertukaran bas Yio Chu Kang. Kemalangan berlaku semalam (23 Apr) pada sekitar 9.35 pagi di Ang Mo Kio Avenue 6 menghala Marymount Road.

Tiga mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Cik Gina Chua, 58, Encik Chua Cheng Thong, 86, dan Encik Yap Soon Huat, 63.

Atas kesalahan memandu dengan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian, Xu boleh dipenjara sehingga lima tahun.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan