Nahas treler-kereta di PIE menghala Tuas cetus kesesakan lalu lintas
Satu kemalangan melibatkan treler dan kereta pada pagi Selasa (26 Okt) menyebabkan kesesakan teruk di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), dengan para pemandu hanya boleh menggunakan satu lorong di lebuh raya itu.
Sebuah lori treler dilihat menghadang tiga lorong PIE, menyebabkan kesesakan lalu lintas. (Gambar: Traffics accident.SG/Facebook)
SINGAPURA: Satu kemalangan melibatkan treler dan kereta pada pagi Selasa (26 Okt) menyebabkan kesesakan teruk di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), dengan para pemandu hanya boleh menggunakan satu lorong di lebuh raya itu.
Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan itu pada 11.03 pagi. Nahas berlaku di PIE menghala ke Tuas sebelum jalan susur keluar Stevens Road.
Tiada kecederaan dilaporkan, tambah pihak polis.
Awal dari itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memuat naik catatan ke laman Twitter pada 11.16 pagi, menasihatkan para pemandu supaya mengelakkan lorong kedua, ketiga dan keempat PIE yang menghala ke Tuas, berhampiran kemalangan tersebut.
Dalam catatan Twitter selanjutnya, LTA menyatakan kesesakan berlaku sehingga susur keluar Toa Payoh. Kesesakan itu kemudian memanjang sehingga ke susur keluar Ekspreswe Central (CTE - Ekspreswe Seletar) dan akhirnya sejauh susur keluar Ekspreswe Kallang–Paya Lebar (KPE).
Jarak susur keluar KPE dari tempat kemalangan itu adalah sekitar 4.5 kilometer.
Dalam gambar-gambar kemalangan yang dimuat naik online, treler tersebut dilihat menghadang tiga lorong PIE lantas menyebabkan lalu lintas bergerak dengan amat perlahan.
Video-video yang dimuat naik online pula menunjukkan para pemandu memasuki lorong pertama melalui treler tersebut sedang seorang pegawai LTA mengawasi keadaan lalu lintas.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan meminta bantuan di PIE selepas susur keluar Thomson Road, namun ia menarik perhatian bantuannya tidak diperlukan.
Siasatan polis sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.