Nahas Tanjong Pagar: Pemandu didapati pandu dalam keadaan mabuk, laju sebelum kemalangan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan maut di Tanjong Pagar Road yang meragut lima nyawa tahun lalu didapati memandu dalam keadaan mabuk dan laju.
Ini menurut bukti yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat Polis Trafik hari ini (9 Jun), iaitu hari pertama siasatan koroner terhadap lima kematian itu dijalankan.
Pemandu berkenaan, Jonathan Long Junwei, dan empat penumpang – Eugene Yap Zheng Min, Elvin Tan Yong Hao, Teo Qi Xiang dan Gary Wong Hong Chieh – meninggal dunia dalam kemalangan itu kira-kira pukul 5.40 pagi pada 13 Februari 2021.
Berdasarkan siasatan forensik Penguasa Sains Kesihatan (HSA), kereta itu bergerak pada kelajuan sehingga 148 kilometer sejam (kmj) semasa Encik Long memandu. Had kelajuan di Tanjong Pagar Road ialah 50kmj.
Laporan toksikologi juga menunjukkan bahawa paras alkohol dalam darah Encik Long adalah pada 86 miligram (mg) bagi setiap 100 mililiter pada masa itu, iaitu melebihi had undang-undang 80mg.
Menurut laporan bedah siasat, semua lima orang maut akibat melecur teruk dalam kebakaran yang menjilat kereta dan rumah kedai yang dirempuh. Dua penumpang, Encik Teo dan Encik Wong, juga maut masing-masing akibat kecederaan tulang belakang serviks dan kecederaan pelvis.
Semua lelaki tersebut mengenali antara satu sama lain kerana mereka adalah rakan sekerja, manakala Encik Wong adalah bekas rakan kerja mereka.
Tiga waris hadir semasa perbicaraan itu: bapa Encik Long, saudara lelaki Encik Yap dan saudara perempuan Encik Wong.
SEBELUM KEMALANGAN
Staf Sarjan Kanan (SSS) Mohd Firdaus Sulaiman berkata, lima lelaki itu berkumpul di sebuah rumah di Ang Mo Kio bagi sambutan Tahun Baru Cina sebelum kejadian.
Selepas minum arak di perhimpunan tersebut, mereka memutuskan untuk makan malam di Tanjong Pagar Road kerana ia merupakan tempat di mana mereka biasa lepak.
Memandangkan semua kedai makan di kawasan itu ditutup, mereka memutuskan untuk pergi ke restoran Hong Jjajang milik Park Se Jin, kerana dia mempunyai kunci restoran itu.
Encik Park membuka restoran dan kumpulan itu pergi ke sana, di mana mereka terus meminum alkohol.
Selain lima lelaki dan Encik Park, tiga wanita turut hadir, antaranya Raybe Oh dan Phoo Yi Lin.
Cik Oh melecur apabila dia cuba membantu rakan-rakannya yang terperangkap di dalam kereta yang terbakar, manakala Cik Phoo merakam video kemalangan tersebut yang digunakan sebagai bukti.
Pada sekitar pukul 4.00 pagi, kumpulan itu memutuskan untuk meninggalkan restoran tersebut kerana Encik Long ingin menunjukkan kereta barunya kepada rakan-rakannya. Berdasarkan keterangan saksi, kumpulan itu "teruja" untuk merasakan bagaimana kereta dua pintu itu dipandu, kata SSS Firdaus.
Empat penumpang kemudian mengikuti Encik Long dan masuk ke dalam kereta secara sukarela, menurut keterangan yang diberikan Cik Oh kepada polis.
Cik Michelle Wong, saudara perempuan Encik Wong, meminta penjelasan sama ada tiga penumpang - selain abangnya - adalah orang bawahan Encik Long.
SSS Firdaus menjawab bahawa mereka tidak dapat menentukan hubungan sedemikian dan mengulangi bahawa kelima-lima mereka adalah rakan sekerja yang bekerja bersama sebelum atau pada waktu kemalangan.
EMPAT PUSINGAN
Kereta itu dipandu sebanyak tiga pusingan, dengan pemandu yang berbeza setiap kali, sebelum Encik Long mengambil alih sebagai pemandu pada pusingan keempat dan kemalangan itu berlaku.
Kereta itu dipandu dari restoran di Tanjong Pagar Road menuju Keppel, sebelum ia membuat pusingan U di Enggor Street selepas Hotel Amara untuk kembali ke Tanjong Pagar Road menuju ke Maxwell. Ia kemudian sekali lagi membuat pusingan U berhampiran 37 Tanjong Pagar Road untuk kembali ke restoran.
Kereta itu melakukan pusingan tersebut tanpa sebarang insiden semasa tiga pusingan pertama. Encik Yap memandu kereta itu pada pusingan pertama, diikuti oleh Cik Phoo dan kemudian Encik Park.
Semasa berdiri di luar dan menyaksikan tiga pusingan pertama, Encik Long memberi komen bahawa kereta itu boleh dipandu dengan lebih laju kerana mereka sedang menguji kelajuannya, dan "sangat meyakinkan" mengenai perkara tersebut, kata SSS Firdaus, berdasarkan keterangan Cik Phoo.
Semasa pusingan keempat dan terakhir yang dipandu oleh Encik Long, dia hilang kawalan ke atas kereta yang kemudian tergelincir ke bahagian sisinya. Ia bergerak menghala ke rumah kedai di 37 Tanjong Pagar Road, melanggar bendul jalan dan merempuh tiang. Beberapa saat kemudian, kereta itu dijilat api.
Analisis kelajuan HSA menunjukkan bahawa kelajuan kereta mencecah sehingga 88kmj semasa pusingan pertama, sehingga 59kmj semasa pusingan kedua dan sehingga 130kmj semasa pusingan ketiga.
Kesan tergelincir dapat dilihat pada permukaan jalan di kedua-dua arah Tanjong Pagar Road, dedah SSS Firdaus.
Dia membacakan keterangan daripada saksi yang berkongsi bahawa mereka mendengar dan merasakan getaran daripada kereta yang bergerak pada kelajuan tinggi beberapa saat sebelum kemalangan berlaku.
Seorang saksi yang tinggal di tingkat 23 Plaza Tanjong Pagar, berhampiran lokasi kemalangan, memberitahu polis bahawa dia dikejutkan oleh bunyi enjin sebuah kereta pada awal pagi 13 Februari 2021.
Dalam satu kenyataan polis, dia menyifatkan bunyi enjin itu sebagai "luar biasa" dan "seperti seseorang yang melakukan perlumbaan kereta pada jarak dekat, bagi menguji kelajuannya (drag race)", kata SSS Firdaus.
KEADAAN KERETA
Disebabkan kerosakan pada kereta itu, para penyiasat tidak dapat menentukan keadaan mekanikalnya dan sama ada sebarang kegagalan mekanikal boleh menyumbang kepada kemalangan tersebut.
Mereka memerhatikan bahawa paip caj asal kereta itu sudah digantikan dengan versi pasaran terpakai, diperbuat daripada bahan aluminium yang lebih kuat dengan salutan kalis haba.
Bagaimanapun, tiada pengubahsuaian yang boleh menyebabkan kerosakan kereta ditemui.
SSS Firdaus berkata para penyiasat hanya dapat menentukan bahawa Encik Wong memakai tali pinggang keledarnya kerana tali pinggang itu ditemui masih bertaut pada penerima.
Tali pinggang keledar yang lain cair dalam kebakaran dan penyiasat tidak dapat menentukan sama ada penumpang yang lain memakainya.
SSS Firdaus turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beg udara tidak diaktifkan sewaktu kemalangan kerana sensor beg udara berada di hadapan dan tepi kereta, manakala rempuhan berlaku di belakang kereta.
Perbicaraan diteruskan pada sebelah petang dengan penyiasat bomba memberi keterangan.
Sebelum perbicaraan bermula, Koroner Negara Adam Nakhoda mengingatkan mereka yang hadir bahawa siasatan koroner adalah proses mencari fakta untuk melihat keadaan yang membawa kepada kematian.
Akta Koroner secara khusus melarang koroner daripada merangkakan penemuan untuk menentukan sebarang persoalan liabiliti jenayah, menurut laman web Pejabat Peguam Negara (AGC).

Sumber : CNA/IH/ih
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.