Nahas Tanjong Pagar: Koroner putuskan nahas ragut nyawa 5 orang adalah 'peristiwa malang'
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Song Seng Wun)
SINGAPURA: Kemalangan maut di Tanjong Pagar Road yang meragut lima nyawa tahun lepas adalah 'peristiwa malang' yang berkaitan dengan trafik, kata Koroner Negara, Adam Nakhoda pada Rabu (24 Ogos).
Pemandu kereta tersebut, Encik Jonathan Long Junwei dan empat penumpang yang lain, Encik Eugene Yap Zheng Min, Encik Elvin Tan Yong Hao, Encik Teo Qi Xiang dan Encik Gary Wong Hong Chieh – maut di dalam kemalangan yang berlaku sekitar pukul 5.40 pagi pada 13 Februari, 2021.
Kesemua mereka merupakan rakan sekerja ataupun bekas rakan sekerja yang berkumpul di restoran Hong Jjajang di Tanjong Pagar bagi sambutan Tahun Baru Cina sebelum kejadian.
Encik Long memandu melebihi had laju dan dalam keadaan mabuk pada saat-saat sebelum kemalangan, mahkamah sebelum ini mendapati semasa siasatan koroner terhadap punca kematian.
Analisis forensik mendedahkan kereta BMW M4 Coupe itu bergerak pada kelajuan "mengejutkan" dengan purata 148 hingga 182 kilometer sejam (kmj) ketika Encik Long memandu, kata Hakim Adam.
Had kelajuan di Tanjong Pagar ialah 50 km sejam.
Hakim Adam berkata ini menunjukkan "betapa kurangnya pertimbangan" bagi keselamatan Encik Long sendiri serta keselamatan penumpangnya dan pengguna jalan raya yang lain.

Hakim Adam mengatakan bahawa Polis Trafik sudah memberikan amaran mengenai bahaya memandu dalam keadaan mabuk, memandu melebihi had laju dan gabungan kedua-duanya yang boleh membawa kesan yang buruk.
Beliau juga menambah bahawa kes tersebut adalah peringatan kepada orang ramai supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk ataupun memandu melebihi had laju dan menunjukkan keberanian.
Beliau juga menekankan lagi pentingnya memakai tali pinggang keledar ketika menaiki kereta, dengan merujuk kepada kecederaan pangkal rahim yang dialami Encik Teo.
Selepas perbicaraan itu, bapa Encik Long memberitahu para wartawan bahawa dapatan koroner itu menutup satu lembaran lama untuk keluarganya dan berkata: "Kami perlu teruskan kehidupan."
Beliau juga berkata keluarganya akan terus menyokong bekas teman wanita anaknya, Cik Raybe Oh yang beliau anggap sebagai anak perempuannya sendiri.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.