Nahas maut terkait pesakit sawan tingkatkan 'keraguan' terhadap kewaspadaan memandu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada pagi tanggal 1 September 2022, Encik Muhammad Hadi Sazali sedang memandu dalam perjalanan ke tempat kerja apabila keretanya melanggar dua lampu merah lalu merempuh sebuah bas di persimpangan Woodlands Avenue 9.
Encik Hadi, 32 tahun, meninggal dunia dalam nahas tersebut. Seorang penumpang bas berkenaan, Cik Sariah Bakri, 53 tahun, juga meninggal dunia pada lewat hari yang sama disebabkan beberapa kecederaan yang dialaminya berikutan kemalangan itu.
Dalam siasatan koroner ke atas kematian mereka pada Mac lalu, ia mendedahkan bahawa Encik Hadi mempunyai sejarah sawan dan telah mengabaikan nasihat perubatan agar tidak memandu.
Semasa menjalani pemeriksaan susulan setelah beliau mengalami sawan pada 2015, Encik Hadi dinasihati agar tidak memandu. Beliau didiagnos dengan epilepsi atau sawan dan sudah mula mengambil ubat bagi keadaannya itu pada Mac 2016.
Encik Hadi mengalami empat lagi serangan sawan antara 2017 dengan 2022. Kali terakhir beliau diserang sawan sebelum kematiannya ialah pada April 2022.
Semasa merekodkan keputusan terbuka mengenai kematian Encik Hadi, koroner menarik perhatian kepada laporan perubatan bahawa beliau sudah dinasihati lebih daripada sekali agar tidak memandu.
"Amat malang sekali Encik Hadi gagal mendengar nasihat pakar perubatan yang, berikutan sejarah perubatannya mengalami sawan, dengan jelas memberi amaran kepada beliau untuk tidak memandu," katanya.

Berikutan siasatan koroner, persoalan timbul tentang peraturan mengenai keadaan perubatan yang menjejas keupayaan seseorang untuk memandu dengan selamat, termasuk tanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa dan berhenti memandu.
Apabila pemandu tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa, doktor berasa "ragu-ragu" untuk melaporkan individu berkenaan, kata Dr Chong Yeh Woei, pengerusi sebuah jawatankuasa di bawah Persatuan Perubatan Singapura (SMA) yang menyiasat isu tersebut.
SMA ialah sebuah badan pakar yang mewakili sebahagian besar karyawan jagaan kesihatan negara.
Lantaran sebab itu, ujar Dr Chong, SMA akan menyokong undang-undang yang menjadikannya tanggungjawab peribadi pemandu untuk melaporkan sebarang keadaan seumpama itu kepada pihak berkuasa.
Namun, Persatuan Epilepsi Singapura menyatakan sebuah rangka kerja yang dapat membezakan antara pesakit sawan berisiko rendah dengan yang berisiko tinggi, akan menjadi panduan berguna. Ini memandangkan pesakit sawan berisiko rendah mungkin dibenarkan untuk memandu.
PERATURAN TENTANG SIAPA YANG BOLEH MEMANDU
Umur sah untuk memohon bagi sebuah lesen memandu di Singapura adalah 18 tahun.
Lesen memandu bukan vokasional standard, yang diluluskan oleh Polis Trafik, mesti diperbaharui apabila pemandu mencecah usia 65 tahun. Lesen vokasional, seperti untuk pemandu teksi, diluluskan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan mesti diperbaharui apabila pemandu tersebut berumur 50 tahun.
Syarat-syaratnya lebih ketat bagi para pemandu vokasional, yang tertakluk untuk menjalani pemeriksaan perubatan ketika memohon bagi lesen tersebut dan kemudian secara berkala dari usia 50 tahun.
Bagi lesen bukan vokasional, para pemohon menjalani ujian penglihatan dan mengisytiharkan bahawa mereka tidak mengalami sebarang ketidakupayaan yang boleh menjejeas keupayaan mereka untuk memandu. Dari ketika itu sehingga pemandu berusia 65 tahun, tiada pemeriksaan perubatan wajib yang perlu dijalani, sekalipun jika pemandu mempunyai sebarang keadaan perubatan.
Akta Lalu Lintas Jalan Raya menyatakan bahawa lesen memandu seseorang boleh digantung jika terdapat sebab untuk mempercayai bahawa mereka mengalami keadaan yang menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
Menurut SMA, pihak berkuasa boleh pada bila-bila masa mensyaratkan pemandu untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan menyerahkan bukti kecergasan berterusan mereka untuk memegang sebuah lesen.
TIDAK SEMUA PEMANDU PATUHI SYARAT
Meskipun terdapat syarat-syarat yang ditetapkan, para pemandu tidak selalu memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengalami keadaan perubatan mereka semasa menjalani pemeriksaan perubatan yang diperlukan. Mereka juga tidak selalu mendengar nasihat doktor untuk tidak memandu.
KERAHSIAAN PESAKIT-DOKTOR
Apabila pemandu tidak melakukan tanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa, tanggungjawab tersebut mungkin jatuh di atas pundak doktor yang melakukan pemeriksaan untuk berbuat demikian. Sekalipun begitu, kerahsiaan antara pesakit dengan doktor adalah tanggungjawab penting dalam profesion perubatan.
Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, Kementerian Kesihatan (MOH) menekankan bahawa pesakit yang dinilai sebagai mempunyai keadaan perubatan yang boleh menyebabkan beliau tidak cergas untuk memandu "seharusnya dinasihatkan dengan jelas oleh doktor mereka agar tidak memandu".

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.