Nahas maut di Linkedua: Pemandu Maserati rakyat SG mengaku tidak bersalah
Anggaran Waktu Membaca:

Kereta Maserati yang terlibat dalam nahas di Linkedua pada 9 Mei 2025. (Gambar: Facebook/Low Michael)
JOHOR BAHRU: Pemandu kereta Maserati rakyat Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Khamis (15 Mei) atas tuduhan menyebabkan kematian pengguna jalan raya di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), minggu lalu, menurut BH Online.
Tertuduh, Muhammad Irshad Abdul Hameed, 27 tahun, yang juga seorang kakitangan awam, membuat pengakuan tersebut selepas tuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Dia didakwa memandu kereta Maserati dengan cara yang berbahaya kepada pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan kematian A Vasanthraj, 32 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada jam 6.40 petang di KM0.6 Lebuhraya Linkedua, pada 9 Mei lalu.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM50,000 (S$15,090).
Lelaki itu juga boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu dalam tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan, menurut BH Online.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Tasnim Saleh manakala tertuduh diwakili peguam Baharudin Baharim dan Zarina Ismail Tom.
Mahkamah menetapkan tertuduh diberi ikat jamin RM12,000 (S$3,620) dengan dua orang penjamin warga tempatan.
Ini selain perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali dan lesen memandunya digantung.
Mahkamah juga menetapkan 10 Jun depan sebagai sebutan semula dan untuk penyerahan dokumen.

Sumber : Agensi berita/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.