Nahas Lion Air: S'pura tawarkan bantuan kepada Indonesia
Singapura pada Isnin (29 Okt) menawarkan bantuan kepada pemerintah Indonesia selepas sebuah pesawat Lion Air terhempas ke dalam laut dekat pulau Jawa.

Para penumpang di luar pejabat Lion Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dekat Jakarta, Indonesia. (Willy Kurniawan/Reuters)
SINGAPURA: Singapura pada Isnin (29 Okt) menawarkan bantuan kepada pemerintah Indonesia selepas sebuah pesawat Lion Air terhempas ke dalam laut dekat pulau Jawa.
"Pemerintah Singapura amat berdukacita dengan berita nahas pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas pada 29 Oktober, 2018," kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA).
"Kami sedang memantau keadaan dengan teliti. Singapura sudah menawarkan bantuan kepada pemerintah Indonesia dalam apa-apa cara jika diperlukan."
Kementerian itu kini sedang berhubungan dengan pihak berkuasa Indonesia, menurut jurucakap itu sambil menambah bahawa sejauh ini, tiada sebarang laporan mengenai rakyat Singapura yang berada di dalam pesawat berkenaan apabila nahas itu berlaku.
Pesawat itu membawa sekurang-kurangnya 181 penumpang, termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak. Dua juruterbang dan enam anak kapal turut berada di dalam pesawat berkenaan.
Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Jakarta di talian +62 811 863 348 atau Pejabat Petugas MFA di talian +65 6379 8800/8855.
LAPORAN BERKAITAN:
Pesawat Lion Air yang terhempas: Urutan masa JT610
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.