Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nahas kren Novena: MWC kerjasama dengan majikan, kontraktor untuk bantu keluarga mangsa

Pusat Pekerja Asing (MWC) menyatakan bahawa ia sedang bekerjasama dengan para pekerja dan kontraktor tapak pembinaan Novena untuk menyediakan bantuan kepada keluarga mendiang sementara pampasan kecederaan di tempat kerja beliau diproses.

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas kren Novena: MWC kerjasama dengan majikan, kontraktor untuk bantu keluarga mangsa

(Gambar: Facebook/ItsRainingRaincoats)

Diterbitkan : 09 Nov 2019 08:13PM Dikemas Kini : 09 Nov 2019 08:15PM

SINGAPURA: Pusat Pekerja Asing (MWC) menyatakan bahawa ia sedang bekerjasama dengan para pekerja dan kontraktor tapak pembinaan Novena, di mana seorang pekerja binaan rakyat India maut ditimpa kren, untuk menyediakan bantuan kepada keluarga mendiang sementara pampasan kecederaan di tempat kerja beliau diproses.

Dalam catatan Facebook hari ini (9 Nov), MWC menyatakan ia sedang berusaha untuk memberi "wang sagu hati" kepada keluarga mendiang Velmurugan Muthian sementara mereka menantikan kesimpulan proses Akta Pampasan di Tempat Kerja (WICA).

Mendiang Velmurugan disahkan mati di tempat kejadian baru-baru ini apabila sebuah kren tumbang semasa operasi mengangkut di tapak pembinaan kemudahan pemulihan baru di Hospital Tan Tock Seng pada Selasa (5 Nov).

MWC menjangkakan proses itu akan mengambil masa antara tiga hingga enam bulan.

"Di mana yang perlu, MWC juga akan menambah wang sagu hati itu bagi memastikan keperluan keluarga mendiang dapat ditampung sedang mereka menantikan pampasan daripada WICA," menurut catatan Facebook oleh MWC.

"Selain itu, kami juga akan menghubungi isteri mendiang Velmurugan untuk memberikannya nasihat celik kewangan asas supaya beliau dapat menguruskan dana daripada wang sagu hati itu dan WICA, bagi menanggung kos sara anak mereka dan keluarga mereka dalam jangka panjang," tambah MWC.

Seorang lagi pekerja iaitu rakyat Bangladesh bernama Pathan turut cedera dalam kejadian itu. 

Beliau sudahpun dibenar keluar dari hospital dan syarikatnya mengaturkan tempat tinggalnya serta seorang rakan sekerja yang akan menjaga keperluannya semasa beliau berehat, kata MWC.

Menurut MWC lagi, abu mendiang Velmurugan dibawa pulang ke India oleh saudaranya pada Rabu lalu (6 Nov).

MWC menyatakan berdasarkan "pengalaman sepanjang 10 tahun lalu", wang pampasan yang diberikan oleh WICA dalam kes-kes serupa boleh mencecah S$100,000.

MWC turut menyatakan para kontraktor akan memantau keadaan para pekerjanya bagi sebarang tanda-tanda tekanan selepas trauma.

"Kami akan bekerja rapat untuk mengenalpasti para pekerja demikian dan mengatur bagi mereka berjumpa dengan kaunselor terlatih di Silver Ribbon Singapore serta merta," menurutnya.

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa