Skip to main content

Singapura

Nahas Jeju Air: PM Wong, Dr Balakrishnan utus kawat takziah kepada Korea Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas Jeju Air: PM Wong, Dr Balakrishnan utus kawat takziah kepada Korea Selatan

Gambar: Chatkla Samnaingjam/AP

Diterbitkan : 31 Dec 2024 05:49PM Dikemas Kini : 31 Dec 2024 05:50PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan telah mengutuskan kawat takziah kepada Korea Selatan, berhubung dengan nahas Jeju Air yang meragut 179 nyawa.

Dalam surat beliau kepada Pemangku Presiden Choi Sang-mok, PM Wong menekankan bahawa Singapura berdiri bersama-sama Korea Selatan dan mereka yang terjejas oleh tragedi itu.

"Saya amat sedih mendengar tentang tragedi nahas pesawat Jeju Air Penerbangan 2216 pada 29 Disember 2024. Bagi pihak pemerintah Singapura, saya menyampaikan salam takziah kepada keluarga dan orang tersayang mereka yang berada dalam penerbangan itu.

"Singapura berdiri bersama-sama dengan rakyat Republik Korea dan semua orang yang terjejas oleh tragedi ini. Ingatan kami buat penduduk Korea Selatan sewaktu tempoh sukar ini, kata PM Wong dalam kawatnya itu.

Dalam surat beliau kepada rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Cho Tae-yul,pula Dr Balakrishnan mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga yang terjejas, serta mereka yang kehilangan orang-orang tersayang dalam penerbangan itu.
Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita