Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nahas berangkai 9 kenderaan di ECP; 4 dikejar ke hospital

Satu kemalangan berangkai melibatkan sekitar sembilan kenderaan berlaku di East Coast Parkway (ECP) pada petang tadi (3 Okt), menyebabkan kesesakan yang menjejas dua lorong.

Anggaran Waktu Membaca:
Nahas berangkai 9 kenderaan di ECP; 4 dikejar ke hospital

(Gambar: Facebook/Roads.SG)

Diterbitkan : 03 Oct 2024 09:43PM Dikemas Kini : 04 Oct 2024 08:49AM
SINGAPURA: Satu kemalangan berangkai melibatkan sekitar sembilan kenderaan berlaku di East Coast Parkway (ECP) pada petang tadi (3 Okt), menyebabkan kesesakan yang menjejas dua lorong.

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan kepada kemalangan jalan raya di ECP menghala ke Lapangan Terbang Changi selepas susur keluar Fort Road pada sekitar pukul 5.20 petang tadi.

Menurut SCDF, empat orang dibawa ke Hospital Raffles.

Menurut kemas kini lalu lintas oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada pukul 6.33 petang, kemalangan itu berlaku sebelum susur keluar Tanjong Katong Road di ECP, sekali gus ia mencetus kesesakan hingga ke susur keluar Fort Road.
 
Para pemandu dinasihati supaya mengelakkan lorong pertama dan kedua di ekspreswe tersebut.

Rakaman video dan gambar kemalangan itu yang tular di media sosial menunjukkan sembilan kenderaan, terdiri daripada beberapa buah teksi dan kereta, terperangkap dalam kesesakan itu.

Dua kenderaan kelihatan tercampak hingga ia menimpa kenderaan lain.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan