Nadi Singapura lancarkan program sekolah muzik, anugerah latihan; sokong pembangunan bakat dalam seni budaya Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Masyarakat tempatan bakal mempunyai satu lagi saluran untuk mempelajari muzik, khususnya dalam seni budaya Melayu.
Ini dengan penubuhan Sekolah Nadi Singapura (SONS), sebuah inisiatif baharu oleh kumpulan muzik Nadi Singapura yang bertujuan memperluas peluang pembelajaran muzik.
Nadi Singapura juga berhasrat memperkenalkan satu anugerah latihan yang menyediakan sokongan pendidikan bagi mereka yang berminat mengikuti kursus atau pengajaran muzik tradisional Melayu di peringkat tempatan atau serantau.
Bagi menjayakan inisiatif-inisiatif itu, Nadi Singapura memerlukan dana sebanyak S$100,000.
Setakat ini, lebih S$70,000 sudah berjaya dikumpulkan menerusi pengumpulan dana yang dilancarkan Nadi Singapura sejak 12 Disember lalu.
Jumlah kutipan tersebut diumumkan semasa majlis makan malam gala yang diadakan di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands pada Jumaat (23 Jan) sempena ulang tahun ke-15 kumpulan muzik itu.
PENUBUHAN SEKOLAH NADI SINGAPURA (SONS)
Menurut Pengarah Artistik Nadi Singapura, Riduan Zalani, Sekolah Nadi Singapura (SONS) dijadualkan bermula pertengahan tahun ini.
Rancangan asal untuk inisiatif tersebut adalah untuk mengadakan kelas muzik untuk kanak-kanak berusia empat hingga 17 tahun.
Mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan umur iaitu 4 hingga 6 tahun, 7 hingga 12 tahun, dan 13 hingga 17 tahun.
Setiap kelas pula akan menampung sehingga tujuh peserta dalam setiap kelas bagi setiap kategori umur tersebut.
BERITA Mediacorp difahamkan bahawa kelas-kelas itu akan beroperasi di studio Nadi Singapura di Pusat Seni Aliwal.
SONS menyasarkan pengambilan 30 hingga 40 pelajar pada peringkat awal.
Bagi memastikan pendidikan muzik lebih mudah diakses pula, subsidi yuran dan bantuan kewangan akan disediakan kepada para peserta yang layak.
Encik Riduan menanam harapan agar penubuhan SONS dapat memperluaskan ekosistem pembelajaran seni budaya Melayu di Singapura.
“Dengan adanya penubuhan School of Nadi Singapura (SONS), kami berharap bahawa penggiat-penggiat kebudayaan muzik yang lain juga akan terpanggil untuk menyiapkan wadah-wadah di mana kita boleh berkongsi tentang hikmah dan hikmat di sebalik pembelajaran pelajaran, kesenian dan kebudayaan orang Melayu kita,” kata Encik Riduan.
Dalam ucapannya di acara makan malam itu pada Jumaat (23 Jan), Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran, Zaqy Mohamad berkata: “Budaya dan seni adalah nadi kepada jiwa sesuatu bangsa. Dalam setiap paluan, tersimpan sejarah; dalam setiap irama, terzahir harapan. Perjalanan NADI membuktikan bahawa seni Melayu tidak pernah kaku atau terhenti, ia terus bernafas, menyesuaikan diri dengan zaman, dan berkembang bersama masyarakatnya.
"Apabila generasi lama memelihara, dan generasi muda menyambung langkah, warisan ini bukan sekadar dipertahankan, tetapi dihidupkan semula, agar denyutnya terus bergema untuk masa hadapan," tambah beliau yang juga merupakan Penaung Nadi Singapura.

PERJALANAN SENI NADI SG MASIH BELUM ADA TITIK TAMAT
Encik Riduan menyifatkan perjalanan 15 tahun pertubuhan itu sebagai satu proses pembelajaran yang berterusan dan penuh makna.
“Sepanjang perjalanan 15 tahun bersama Nadi Singapura, ia sangat penuh dengan pengajaran dan pembelajaran di mana saya dan rakan-rakan yang lain mengambil iktibar dan ilmu serta ilham di mana kita dapat mengolah satu karya yang pada ketika itu kami rasakan adalah yang terbaik.
“Setiap karya yang diolah kami rasa juga adalah satu kesempatan di mana pengkarya dapat mendekatkan diri dengan wadah tradisi bernuansa Melayu, berasaskan suasana kediaman kota Singapura yang saya rasa itu antara satu fakta di mana nadi Singapura selalu cuba mengusahakan sesuatu karya yang bermakna," kata Encik Riduan.
Menurutnya lagi, perjalanan seni Nadi Singapura masih berlanjutan dan terus berkembang.
“Saya rasa perjalanan ini belum lagi berhenti belum lagi titik tamatnya dan kita sangat sangat menantikan karya unggul di mana seluruh rakyat Singapura dan masyarakat Melayu kita dapat sama-sama raikan,” ujar beliau.

SOKONGAN PENDERMA, MASYARAKAT MAINKAN PERANAN PENTING DALAM USAHA PELESTARIAN SENI MELAYU DI SG
Dalam ucapannya lagi, Encik Zaqy menerangkan bahawa sokongan seluruh masyarakat adalah sangat penting untuk kumpulan-kumpulan seni seperti Nadi Singapura untuk makmur.
Lantaran itu, beliau teruja dengan jumlah dana yang berjaya dikumpulkan dan berharap ia dapat menjadi pemangkin kepada lebih ramai individu dan pertubuhan untuk tampil menyokong usaha melestarikan seni budaya Melayu di Singapura.
Antara penderma yang menyumbang kepada lebih S$70,000 yang sudah dikumpul ialah Cik Asnida Daud, yang juga seorang penggiat seni.
“Kita memainkan peranan yang sangat penting untuk membolehkan para pelajar ini untuk mengakses ruang yang selamat. Jadi, mereka akan bukan sahaja tahu ataupun menebalkan lagi jati diri mereka, mereka ada ruang yang selamat supaya mereka dapat belajar seni itu dengan lebih kepakaran, dengan lebih baik supaya kualitinya sama sepadan dengan muzik-muzik di dunia ini," kongsi beliau.
Beliau berharap muzik yang dihasilkan di Singapura suatu hari nanti dapat dipersembahkan di pentas dunia.
"Kita harus pastikan ada struktur dengan adanya sekolah yang akan dibina untuk mendidik para pemuzik generasi kemudian supaya semua muzik yang dikedepankan oleh Singapura ini dapat 'mendunia'," kata Cik Asnida.
Nadi Singapura masih mengumpul dana sehingga 31 Mac tahun ini untuk mencapai sasaran sebanyak S$100,000 bagi menjayakan inisiatif-inisiatif baharunya.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.