NAC rintis projek benarkan penghibur jalanan lakukan persembahan bersama; tambah bilangan lokasi di merata SG
Kegiatan 'busking' atau penghibur jalanan di Singapura dijangka menerima dorongan besar, setelah para 'busker' berlesen dibenarkan membuat persembahan dengan 'busker' lain mulai Isnin (1 Dis) hingga Februari tahun depan, di bawah satu projek yang dirintis Majlis Seni Kebangsaan (NAC).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kegiatan 'busking' atau penghibur jalanan di Singapura dijangka menerima dorongan besar, setelah para 'busker' berlesen dibenarkan membuat persembahan dengan 'busker' lain mulai Isnin (1 Dis) hingga Februari tahun depan, di bawah satu projek yang dirintis Majlis Seni Kebangsaan (NAC).
Sehingga dua penghibur jalanan dibenarkan untuk melakukan persembahan bersama-sama, sebagai sebahagian daripada usaha NAC untuk menggalakkan daya kreativiti dan mengekalkan kemeriahan suasana persembahan jalanan.
Projek perintis itu membina pada perubahan terhadap peraturan persembahan jalanan yang dilancarkan pada tahun lalu - khususnya fungsi perkongsian masa pada portal e-khidmat persembahanan jalanan yang membolehkan para 'busker' berkongsi slot masa dengan seorang lagi penghibur jalanan.
Para penghibur jalanan di Singapura harus menggunakan sistem undi bagi menempah lokasi persembahan.
LEBIH BANYAK LOKASI
Pihak berkuasa juga menambah bilangan lokasi bagi persembahan 'busker' di merata Singapura kepada lebih 90, termasuk tempat tarikan pelancong seperti Rainforest Wild Asia dan Zoo Singapura buat pertama kali.
Ruang lebih luas di lokasi-lokasi itu menjadikannya sesuai bagi persembahanan dan teater jalanan yang memerlukan tempat yang lebih besar.
Langkah itu membantu Bryan Wong, yang mempunyai pengkhususan dalam persembahan sarkas, untuk meraih pendapatan lebih 30 peratus tahun ini berbanding tahun lalu.
“Ia dengan mudah menjadi antara tiga lokasi terbaik kerana jumlah pengunjung yang sangat tinggi,” kata pemuda berusia 29 tahun itu.
Beliau menambah ciri-ciri kolaborasi baharu akan memberikan para penghibur jalanan lebih banyak peluang untuk membuat persembahan dan memanfaatkan slot mereka dengan sepenuhnya.
“Penghibur jalanan seperti saya hanya perlukan 30 minit untuk memberikan satu persembahan, jadi kami boleh berkongsi slot dengan penghibur lain dan memberi mereka lebih banyak peluang. Dan memandangkan kini terdapat lebih 500 penghibur jalanan, setiap peluang untuk membuat persembahan amat penting,” kata beliau.
NAC menyatakan bahawa peningkatan ruang bagi persembahan 'busking' dibuat menyusuli perbincangan dengan Jawatankuasa Perundingan Seniman Jalanan dan rakan-rakan kongsi lain.
“Mereka mahukan peluang untuk berkongsi slot dengan penghibur jalanan lain, terutamanya jika mereka mahu berehat dan penghibur lain boleh mengambil alih slot tersebut,” kata Timbalan Pengarah Akses dan Penglibatan Masyarakat di NAC, Patrick Piay.
Menjelang musim perayaan akan datang, NAC menyatakan pihaknya bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk mengekalkan lokasi-lokasi persembahan jalanan di Orchard Road, dan dua lokasi sementara pada malam Krismas.
SOKONGAN DARIPADA PARA PENGUNJUNG
Kegiatan 'busking' dirintis di Zoo Singapura sejak Oktober lalu dan di Rainforest Wild Asia sejak Mac lalu.
Mandai Wildlife Group, yang menguruskan kedua-dua tarikan tersebut, memulakan rintisan itu di tempat masuk ke Bird Paradise sebelum memilih satu lagi kawasan berhampiran pintu masuk Rainforest Wild Asia kerana aliran pengunjungnya yang baik serta perlindungan daripada keadaan cuaca.
Naib Presiden Runcit dan Gaya Hidup Mandai Wildlife Group, Daisy Tan berkata para pengunjung “memberikan maklum balas yang sangat positif”.
“Mereka tidak menjangkakan persembahan yang diadakan secara mengejut itu, dan kini mereka menantikannya setiap hujung minggu. Jika cuaca mengizinkan, kami berharap penghibur jalanan dapat hadir setiap hari untuk membawa kegembiraan kepada masyarakat dan para pengunjung,” kata beliau.
Cik Tan berkata Mandai Wildlife Group turut membuka ruang bagi persembahan jalanan di River Wonders, dan “sentiasa mencari” lebih banyak kawasan persembahan yang sesuai.
GESAAN UNTUK MENAMBAHKAN LOKASI DI KAWASAN PERUMAHAN
Walaupun Encik Wong menyambut baik peluasan lokasi untuk membuat persembahan jalanan, beliau berharap lebih banyak tempat, seperti pusat beli-belah di kawasan perumahan dapat dibuka untuk tujuan tersebut.
Beberapa lokasi popular ketika ini termasuk Ngee Ann City, Suntec City, Kampung Admiralty dan Hab Ang Mo Kio.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.