NAC lakar pelan induk baharu 5 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Seni Kebangsaan (NAC) melakar pelan induk baharu bagi lima tahun akan datang.
Ia bertujuan membangunkan perusahaan kreatif yang matang di mana para seniman boleh meningkatkan kemahiran, mendapatkan pekerjaan dan membangunkan kerjaya.
NAC juga melakarkan pelan untuk memperkenalkan seni ke dalam kehidupan seharian.
Menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong,
pihaknya berusaha sedaya upaya di ruang seni, melibatkan seluruh warga dan ekonomi serta masyarakat dalam rancangan seni ini, menyepadukan seni ke dalam banyak aspek masyarakat yang lain, meluaskan pengaruh seni serta menggalakkan kesannya ke atas kehidupan rakyat Singapura.
Pelan ini dibentuk oleh lebih 16,500 pemegang taruhan yang memikirkan bagaimana hendak memanfaatkan rancangan sebelum ini yang dilakar pada 2018.
Minat tempatan terhadap seni meningkat daripada 29 peratus pada 2020 kepada 34 peratus pada 2022 menurut Tinjauan Penduduk NAC mengenai seni.
Encik Tong menambah rancangan terbaharu ini menunjukkan komitmen dan dedikasi pemerintah untuk melibatkan orang ramai dalam proses penghasilannya.
Selain itu, karyawan seni di sini tidak lama lagi akan mempunyai kanvas yang lebih besar untuk membangunkan kerjaya mereka di bawah satu rangka kerja kemahiran baru untuk seni.
Antaranya, dengan menyediakan direktori sumber latihan dan bimbingan kerjaya bagi pekerja dalam industri kreatif.
Diwujudkan dengan kerjasama SkillsFuture, para pemain industri dan Institut Pengajian Tinggi, ia meliputi lebih 40 pekerjaan di seluruh seni pendidikan serta teater dan penerbitan.
Para pengguna boleh mendapatkan maklumat penting seperti kecekapan dan kemahiran baru yang diperlukan pada masa hadapan.
Mereka kemudian boleh memanfaatkan direktori latihan yang menawarkan hampir 100 kemahiran yang berbeza seperti reka bentuk set dan pengurusan pentas.
Selain itu, pelan induk ini juga akan memudahkan lagi orang ramai untuk menikmati seni, baik dari rumah mereka mahupun di kawasan-kawasan budaya.
Rancangan untuk menjadikan bandar yang lebih terhubung dan tersendiri, melibatkan portal untuk membantu artis-artis kurang terkenal mempromosikan acara-acara mereka, serta dana yang diluaskan untuk menghidupkan lagi kawasan-kawasan kejiranan.
Dana tersebut boleh digunakan untuk menyokong projek-projek seperti bengkel seni dan kraf dan persembahan tarian, asalkan ia bertujuan untuk menyatukan masyarakat.
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) turut menjalin kerjasama dengan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) untuk meluaskan program ini.
NAC akan menokok lagi $5,000 kepada peruntukan sedia ada yang bernilai $20,000 bagi setiap projek.

Sumber : CNA/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.