NAC akan kaji cara manfaatkan seni untuk pertingkat kesejahteraan
Singapura ingin memanfaatkan kuasa seni bagi meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, mulai dengan warga emas.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura ingin memanfaatkan kuasa seni bagi meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, mulai dengan warga emas.
Majlis Seni Kebangsaan (NAC) akan melancarkan satu kajian pada lewat tahun ini untuk mengkaji dan menguji kesan program-program berasaskan seni terhadap kesejahteraan seseorang.
Program itu akan dirintis dan melibatkan para karyawan seni di hospital-hospital masyarakat Singhealth.
Para karyawan akan mendampingi warga emas di hospital itu untuk mengumpul maklumat dan maklum balas.
Hasil dapatan kajian itu akan digunakan untuk menghasilkan rangka kerja bagi bantu membimbing bagaimana program-program kesenian boleh direka untuk meningkatkan kesejahteraan para individu.
Menurut NAC, program itu mungkin dilanjutkan kepada warga emas di luar sekitaran hospital atau boleh digunakan sebagai rujukan untuk menyokong kesejahteraan demografi lain, contohnya, kanak-kanak, belia dan individu kurang upaya.
Kedua-dua sektor seni dan jagaan kesihatan dijangka meraih manfaat daripada program tersebut.
"Rangka kerja dan sumber itu akan menawarkan lebih peluang kepada karyawan seni untuk menggunakan seni mereka bagi menyokong dan mempromosikan kesejahteraan.
"Langkah ini juga selaras dengan matlamat kita untuk meningkatkan akses kepada kesenian untuk warga emas melalui titik pertemuan masyarakat dan kesihatan, sekaligus menyokong matlamat HealthierSG kelolaan Pemerintah," kata Menteri Negara bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Low Yen Ling.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.